Lelaki hampir maut, kononnya nak mengusik terus jadi panik bila tangan tersangkut pada sangkar harimau

Photo of author

By Joe

Lelaki hampir maut, kononnya nak mengusik terus jadi panik bila tangan tersangkut pada sangkar harimau. Dari dulu sehingga kini, banyak sangat kes yang melibatkan kecederaan oleh kerana memasukkan anggota badan ke dalam sangkar haiwan di zoo.

Terdapat kes di mana lelaki putus jari apabila cuba mengacah singa kerana ingin mengagumkan orang ramai bahkan ada juga video tular yang menunjukkan seorang lelaki ditarik Orang Utan dan hampir digigit kerana memasuki kawasan ‘No Entry’ itu.

Perkara itu juga terjadi kepada seorang lelaki ini dimana jarinya hampir putus setelah memasukkan tangan ke dalam kandang harimau curi perhatian ramai. Menerusi video yang dimuat naik oleh UtusanTv di TikTok tersebut, dilihat seorang lelaki di Pakistan panik selepas tangannya tersangkut pada sangkar harimau.

Lelaki hampir maut, kononnya nak mengusik terus jadi panik bila tangan tersangkut pada sangkar harimau

Pada awalnya, dia dilihat sengaja memasukkan tangannya melalui besi sangkar itu, kononnya untuk bermain-main menyentuh harimau tersebut. Dia juga kelihatan teragak-agak untuk memasukkan tangannya namun tetap memberanikan diri untuk menyentuh haiwan berkenaan.

Namun situasi menjadi cemas apabila tangannya tersangkut pada sangkar harimau dan riak wajahnya juga berubah seperti sedang takut. Bagaimanapun, mujur harimau di dalam sangkar hanya duduk diam sahaja dan tidak mengendahkan apa yang berlaku disekelilingnya dan tiada sebarang kecederaan yang berlaku.

Menjengah di ruangan komen, beberapa netizen turut risau melihat kejadian tersebut.

Kalau harimau tu pun sama nak main, silap haribulan mahu hilang tangan lelaki tu. Fuhh nasib baik lah.

Trauma habis tu sampai tengok kucing pun teringat. Itulah sapa suruh main kat situ.

Kan… nasib baik harimau tu tengok kat tempat lain. Harimau tengah lepak elok-elok tu rasanya mesti dah kenyang.

Jantung auto laju mengalahkan atlet lari pecut. Entah macam mana lah tangan dia boleh tersangkut kat situ kan, min pun musykil gak.

Nasib baik dapat keluarkan. Sangkut kejap je. Buatnya sangkut lama memang nahas lah kan.

Korang kalau pegi tengok haiwan kat zoo ke apa ke, jangan lah buat benda bukan-bukan demi content. Nanti tak pasal-pasal cedera, siapa nak tanggung.

Lelaki hampir maut, kononnya nak mengusik terus jadi panik bila tangan tersangkut pada sangkar harimau

Baca Lagi:
Suami paksa isteri buat seks luar tabii dengan tukang urut
Doktor syak keracunan makanan, rupanya remaja 13 tahun hamil hasil buat dengan senior sekolah
‘Alamak, dia datang pula’, Video remaja panggil PMX jadi perhatian ramai