Lelaki gila seks tunjuk kemaluan kepada pelajar diburu polis

Lelaki gila seks tunjuk kemaluan kepada pelajar diburu polis

Seorang lelaki gila seks kini menjadi buruan polis selepas didakwa menunjukkan kemaluan kepada pelajar sebuah sekolah menengah di Presint 9, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan lelaki berkenaan kini sedang diburu pihaknya.

A. Asmadi berkata, pihaknya menerima dua laporan polis daripada dua pelajar Tingkatan 3 sekolah berkenaan hari ini berhubung kejadian itu.

pelajar sekolah 2048x857 1 e1656456994383

“Kami sudah berjaya mendapatkan butiran suspek berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang dikongsi pelajar berkenaan.

“Kami sedang menjejaki suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,” katanya.

Ujar beliau, berdasarkan laporan mangsa, kejadian itu berlaku di hadapan tempat letak kereta awam di hadapan Kompleks Sekolah Putrajaya Presint 9 (2).

A. Asmadi berkata, mangsa mendakwa telah didekati seorang pemuda yang menaiki kereta jenis Proton Persona berwarna kelabu sebelum suspek bertindak bertanyakan sesuatu kepada pelajar itu.

“Sejurus selepas itu, suspek tiba-tiba membuka zip seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada pelajar perempuan tersebut.

“Pelajar itu kemudian melarikan diri namun sempat merakam gambar kereta dan nombor pendaftaran kenderaan tersebut,” katanya.

Baca lagi: 

Aksi tidak senonoh lelaki onani dalam tren, lelaki gila seks diberkas

Seks luar tabii dengan kucing di taman permainan, warga emas di tahan

Penceramah bebas ditahan kes amang seksual fizikal anak kawan sendiri

CATEGORIES