Lelaki ditemui mati selepas berbasikal 70km untuk cari kerja

Lelaki ditemui mati selepas berbasikal 70km untuk cari kerja

Lelaki ditemui mati selepas berbasikal 70km untuk cari kerja. Seorang lelaki di Thailand ditemui mati di sebuah perhentian bas di wilayah Isaan selepas dia berbasikal hampir 70 kilometer (km) untuk mencari pekerjaan, lapor laman berita Thaiger semalam.

Dia dipercayai mengalami serangan jantung tetapi penduduk tempatan menyatakan bahawa lelaki tersebut dilanggar oleh sebuah kereta sehari sebelum meninggal dunia. Dia dikatakan enggan menerima rawatan perubatan.

Pegawai dari Balai Polis Mueang Roi Et dimaklumkan oleh penduduk tempatan dalam Komuniti Baan Kiat Leung bahawa mereka menemui lelaki tersebut yang kemudian dikenali sebagai Chaimongkhon Klaharn, 47.

Lelaki ditemui mati selepas berbasikal 70km untuk cari kerja

Dalam pada itu, di tempat kejadian, pegawai polis mendapati Chaimongkhon terbaring di tempat duduk perhentian bas.

Mayatnya mempunyai kesan calar di muka dan badan serta basikal merah miliknya diletakkan berdekatan dengannya. Kad pengenalan lelaki itu turut ditemui padanya sekali gus membolehkan identiti dirinya dikenal pasti.

Sebelum ini, Chaimongkhon memberitahu penduduk tempatan bahawa dia telah berbasikal selama beberapa hari dari rumahnya di Yasothorn dan apabila tiba di Khon Kaen, lelaki tersebut akan berbasikal kira-kira 200 km lagi untuk mencari pekerjaan.

Chaimongkhon tidak mempunyai wang untuk membeli makanan dan menyewa penginapan, yang menyebabkan dia makan serta tidur di tokong di sepanjang laluan berbasikalnya.

Selepas dibedah siasat, doktor melaporkan bahawa lelaki itu telah meninggal dunia selama kira-kira lapan jam akibat kegagalan jantung disebabkan cuaca sejuk dan kecederaan akibat kemalangan kereta.

Baca Lagi:
Setiap kali hari gaji staff macam tak happy, bos mula pelik selalu bawa bekal nasi dengan telur rebus
Kerani dicurigai memiliki empat kenderaan mewah termasuk jenis Rolls-Royce Phantom yang berharga RM6 juta
Bercerai kerana mulut kakak ipar yang puaka
CATEGORIES