Lelaki dedah kawan kena sihir semasa bercuti di Indonesia, balik Malaysia terkejut isteri dah kahwin lain

Photo of author

By Joe

Lelaki dedah kawan kena sihir semasa bercuti di Indonesia, balik Malaysia terkejut isteri dah kahwin lain. Amalan sihir adalah sesuatu yang sangat dilarang dalam Islam, tetapi ia masih diamalkan sehingga ke hari ini.

Seorang individu yang dikenali sebagai Alang Anuar telah berkongsi kisah tentang seorang rakan yang menjadi mangsa sihir di negara jiran, Indonesia. Akibat sihir tersebut, rakannya itu lupa akan asal-usulnya dan ‘terperangkap’ di Indonesia selama lima tahun.

Menurut mStar, seorang individu yang dikenali sebagai Rosli awalnya pergi ke Indonesia untuk melancong secara solo. Namun, semasa di sana, Rosli telah terkena sihir yang menyebabkannya lupa akan identitinya dan dia menjadi seperti seorang pengemis di sana.

Lelaki dedah kawan kena sihir semasa bercuti di Indonesia, balik Malaysia terkejut isteri dah kahwin lain

Alang Anuar berkongsi bahawa Rosli semakin terabai dan tidak mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan kehidupannya di sana sehingga seorang tempatan menawarkannya untuk bekerja di gerai bakso.

Walau bagaimanapun, ketika bekerja di gerai makanan itu, nasib Rosli berubah apabila jemaah tabligh datang ke situ.

“Ada orang ‘kutip’ dia dan beri kerja di warung bakso. Selepas lima tahun, kebetulan ada jemaah tabligh datang ke warung tempat dia bekerja. Salah seorang jemaah tersebut nampak kawan saya ini seperti terkena sihir. Susulan daripada itu, dia terus dirawat dan diubatkan,” kata Alang Anuar.

Dengan kuasa Allah, Rosli berjaya diubati dan kembali kepada keadaan asalnya, namun dia masih terkejut kerana telah tinggal di Indonesia selama lima tahun.

Segera selepas itu, Rosli dibantu dalam urusan dokumentasi untuk dibawa pulang ke Malaysia dan bersatu semula dengan keluarganya selepas sekian lama berpisah.

Namun, kegembiraan itu tidak berpanjangan apabila dia pulang ke tanah air dan mendapati isterinya telah berkahwin dengan orang lain.

Walaupun demikian, dia menerima perkara itu dengan redha dan hati yang terbuka. Kini, dia menjalani kehidupan seperti biasa, walaupun menghadapi masalah pertuturan (gagap) akibat sihir tersebut.

Sehingga kini, Rosli tidak pasti sama ada sihir itu ditujukan kepada dirinya atau dia terkena sihir yang sepatutnya ditujukan kepada orang lain, atau mungkin dia menjadi mangsa rompakan individu yang menggunakan sihir.

Semoga Rosli sentiasa berada di bawah lindungan-Nya…

Baca Lagi:
Pernah juara 6 kali berturut-turut pertandingan makan, ‘Raja makan’ umum bersara kerana hilang keupayaan hidu makanan
Rakyat Malaysia ramai sesat bila lalu jalan ada papan iklan ‘mengarut’ ni
Pernah ditawar RM1 juta, lelaki ini ada keris dipercayai milik Hang Tuah