Lelaki dedah ada 3 kampung makhluk halus di Bukit Broga, siap tanda ‘X’ dalam peta supaya orang ramai tahu

Photo of author

By Joe

Lelaki dedah ada 3 kampung makhluk halus di Bukit Broga, siap tanda ‘X’ dalam peta supaya orang ramai tahu. Bukit Broga adalah salah satu destinasi popular di kalangan pendaki di Malaysia.

Selain keindahan pemandangannya, terdapat juga kisah-kisah mistik yang dikaitkan dengan Bukit Broga, termasuk dakwaan tentang kehadiran perkampungan makhluk halus.

Pemilik Facebook Pena Celoreng mendakwa bahawa terdapat tiga jenis makhluk halus yang mendiami kawasan rekreasi yang terletak di Semenyih, Selangor itu.

Lelaki dedah ada 3 kampung makhluk halus di Bukit Broga, siap tanda 'X' dalam peta supaya orang ramai tahu

“Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa terdapat tiga kampung makhluk halus di kawasan Bukit Broga. Terdapat tiga jenis makhluk halus di situ.
“Yang pertama adalah bunian, yang kedua adalah orang hitam bercawat rendah-rendah, dan yang satu lagi kita cakap tepi,” katanya sambil berkongsi foto peta Bukit Broga.

Individu tersebut juga membuat tiga tanda pangkah (X) di atas peta tersebut yang dikatakan sebagai lokasi perkampungan makhluk halus.

“Jika lewat petang, mereka gemar bergerak di kawasan bulatan kuning pada peta dan ‘anak dara’ suka duduk bersantai di atas batu di puncak Bukit Broga.

“Nasihat saya, jika selepas enam petang, elakkan melintasi garisan merah yang saya tandakan di peta. Lebih baik berhenti atau duduk di Puncak 2,” pesannya.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, beliau juga hampir sesat semasa mendaki Bukit Broga bersama rakan-rakannya.

“Saya terang-terangan pernah mengunjungi ketiga-tiga kampung ini dan beberapa kali hampir disesatkan dan dibawa berputar-putar. Kali terakhir saya hampir disesatkan ketika mendaki bukit pada tahun lalu.

“Ketika hampir disesatkan itu, saya tersenyum sendirian dan cuba keluar dari situ dengan secepat mungkin supaya tidak jauh terpergi,” ceritanya.

Sebagai amaran, dia menasihati para pendaki agar berhati-hati dengan kawasan bonggol batu yang dikatakan sebagai pintu masuk ke perkampungan makhluk halus.

“Yang sering membawa kita ke kampung mereka adalah bunian. Dahulu ada empat anak dara bunian mencari calon suami. Pada kali terakhir saya mendaki, tinggal dua sahaja. Geng ini jenis jin Islam.”

“Bagi perempuan, mereka memakai jubah dan jilbab putih untuk menutup aurat. Sering kali terdengar azan di kawasan ini. Tanda pengenalan kawasan perkampungan mereka ialah bonggol batu yang merupakan pintu masuk ke dalam gua. Di dalam gua tersebut terletaklah kampung mereka, lengkap dengan banyak rumah.

“Jika anda terjebak, elakkan masuk ke dalam gua. Jangan juga setuju untuk kahwin. Biasanya apabila kita mengikut mereka, kita mungkin sudah terkena ‘mandram’ atau seumpamanya,” jelasnya.

Untuk catatan, Bukit Broga yang terletak di tepi Banjaran Titiwangsa mempunyai ketinggian 400 meter dari aras laut.

Ia juga merupakan tempat yang popular di kalangan penggemar fotografi untuk menangkap gambar matahari terbit dan terbenam.

Perkongsian ini tidak bertujuan untuk menakut-nakutkan, tetapi sebagai panduan dan peringatan mengenai kewujudan makhluk halus.

Baca Lagi:
Tak rasa ada angin tapi daun bergoyang, ini sebabnya yang ramai tak tahu
Sepakan percuma ‘knuckleball’ dua beradik kembar dari Malaysia jadi tumpuan media antarabangsa
Ini sebab kenapa Thailand haramkan semula ganja