Lelaki curi telefon bimbit maut dalam kemalangan jalan raya

Lelaki curi telefon bimbit maut dalam kemalangan jalan raya

Lelaki curi telefon bimbit maut dalam kemalangan jalan raya. Cubaan seorang lelaki bersama rakannya melarikan telefon bimbit mangsanya tidak berjaya apabila dua suspek terbabit mengalami kemalangan dalam kejadian di Jalan Parit Jalil, Batu Pahat, Johor.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku pada jam 3.30 petang dan kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan Mazda, Proton Wira dan Perodua Axia.

Difahamkan, telefon bimbit milik pemandu Mazda telah dicuri oleh suspek yang kemudian melarikan diri dengan menaiki kereta Proton Wira.

Berlaku aksi kejar mengejar dan apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu Mazda berusia 31 tahun bertindak melanggar bahagian belakang kereta Wira menyebabkan suspek hilang kawalan lalu bertembung dengan sebuah kereta Perodua Axia yang datang dari bertentangan.

Lelaki curi telefon bimbit maut dalam kemalangan jalan raya

Kesan dari kemalangan tersebut, suspek emngalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya pula hanya mengalami kecederaan ringan.
Pasangan suami isteri yang menaiki Perodua Axia pula mengalami kecederaan parah dan sedang menerima rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI). Pemandu Mazda tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana melibatkan kematian.

Baca Lagi:
Kerajaan benarkan 45 jenis bunga api, mercun boleh dijual musim perayaan
Ini sebab kenapa McDonald’s tidak lagi gunakan maskot badut Ronald Mcdonald, rupanya ada kisah yang ramai tak tahu
Farid Kamil bawa sejambak bunga ke Mahkamah
CATEGORIES