Lelaki culas bayar nafkah bekas isteri dan anak akan dibekukan akaun bank

Lelaki culas bayar nafkah bekas isteri dan anak akan dibekukan akaun bank

Lelaki culas bayar nafkah bekas isteri dan anak akan dibekukan akaun bank.

Kerajaan akan menyekat atau membekukan akaun bank golongan suami yang gagal membayar nafkah kepada bekas isteri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan itu dibuat kerajaan bagi memastikan kepentingan dan hak wanita dapat terus dijaga kerana lazimnya bekas isteri sukar untuk mendapatkan nafkah selepas perceraian.

Katanya, menerusi inisiatif itu, bayaran terus nafkah kepada bekas isteri akan dilakukan dari bank suami.

Lelaki culas bayar nafkah bekas isteri dan anak akan dibekukan akaun bank

“Apabila kes mahkamah dimenangi wanita dalam tuntutan nafkah, sukar suami untuk bayar dan mereka ingkar perintah mahkamah.

“Jadi apabila kita bekukan, jika mahkamah perintahkan bayaran RM1,000 sebulan jadi bank akan diarahkan untuk bayar terus kepada isteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan Naib Presiden UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini pada Sabtu.

Sementara itu, bagi menjaga dan menghargai peranan wanita, Ismail Sabri turut mengumumkan bahawa kerajaan memberi kelonggaran kepada isteri yang kematian suami dibenarkan wanita bekerja dari rumah sehingga tamat tempoh iddah.

Katanya, kerajaan juga memberi sebanyak 30 peratus kuota wanita dalam Lembaga Pengarah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC).

Baca lagi: 

Kenderaan masuk KL bakal dikenakan caj sebaik MRT3 siap

Tolak kerjasama selagi ada ‘3 Jahanam’ yang bermulut jahat dalam PAS

Perhatian kepada pengguna Highway LPT Karak – Gombak, jika anda dihampiri 4 lelaki ini sila berhati-hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *