Lelaki cipta alat komunikasi ‘berbicara’ dengan roh orang yang telah meninggal dunia

Lelaki cipta alat komunikasi ‘berbicara’ dengan roh orang yang telah meninggal dunia

Lelaki cipta alat komunikasi ‘berbicara’ dengan roh orang yang telah meninggal dunia. Jika menonton rancangan paranormal terutama dari Barat, mungkin anda pernah melihat salah satu peralatan yang mereka gunakan ialah sejenis alat komunikasi (Mel -Meter 8704) untuk ‘berhubung’ dengan entiti yang berada di sekitar mereka. Tahukah anda bagaimana alat itu boleh terhasil?

Kisahnya bermula dengan seorang ayah yang kehilangan anaknya. Gary Galka, seorang lelaki dari Amerika Syarikat mendakwa telah berjaya mencipta sejenis alat komunikasi untuk berhubung dengan mendiang anaknya itu. Alat yang diberi nama Mel-Meter 8704 itu dikatakan berfungsi menggunakan gelombang elektromagnet untuk mengesan dan ‘berbicara’ dengan roh orang yang telah meninggal dunia.

Idea untuk menghasilkan produk itu timbul pada ulang tahun kelapan pemergian anak sulungnya, Melissa Galka. Walaupun perkara itu sudah lama berlalu, tetapi mereka masih bersedih dengan kehilangan puteri mereka itu. Melissa meninggal dunia disebabkan oleh kecelakaan jalan raya pada tahun 2004 ketika berusia 17 tahun.

Lelaki cipta alat komunikasi 'berbicara' dengan roh orang yang telah meninggal dunia

Dengan menggunakan kepakarannya sebagai seorang jurutera elektrik, Gary mencipta sejenis peralatan yang boleh digunakan untuk berhubung dengan roh Melissa. Usahanya itu menghasilkan inovasi baru dengan mencipta siri peranti pengesan gelombang dan frekuensi untuk mengesan kehadiran roh anaknya.

Peralatan yang diberi nama Mel-Meter 8704 itu dicipta selepas beliau melakukan beberapa siri kajian tentang dunia paranormal. Bahkan, nama peralatan berkenaan sendiri sebenarnya diberi sempena nama dan tarikh lahir anak kesayangannya itu.

Berbekalkan penelitian yang dilakukan selama beberapa bulan, beliau percaya roh manusia yang telah meninggal dunia masih wujud di alam maya ini, tetapi hanya terpisah disebabkan dimensi yang berbeza. Oleh itu, Gary yakin bahawa walaupun roh tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi kehadirannya boleh dikesan melalui gelombang dan frekuensi elektromagnet.

Kesinambungan daripada pengesan gelombang Mel-Meter 8704 itu, lelaki ini turut mencipta satu lagi peranti yang diberi nama sebagai ‘Kotak Roh’. Alat ini perlu disambungkan dengan komputer dan ianya berfungsi menggunakan sistem binary dengan memaparkan lakaran graf pada skrin.

Dengan menggunakan teknologi tersebut, Gary mendakwa ia boleh digunakan untuk mereka sekeluarga berhubung secara langsung dengan roh Melissa. Malah, pada suatu ketika, roh Melissa dikatakan pernah menghantar mesej kepada ahli keluarganya itu dengan ucapan ‘saya sayang kamu semua’.

Selepas kematian Melissa, ahli keluarga ini turut menyatakan sering mengalami peristiwa aneh serta dapat merasai kehadiran roh gadis berkenaan. Kata Gary, roh anaknya itu seolah-olah ingin berkomunikasi dengan mereka semua apabila sering membunyikan loceng pintu, mengubah saluran televisyen dan mematikan lampu. Sedangkan, perkara seperti itu tidak pernah terjadi ketika Melissa masih hidup.

Ada ketikanya sewaktu beliau sedang tidur, Gary dapat merasakan ada seseorang yang sedang tidur di sampingnya. Bukan itu sahaja, malah nama mereka sekeluarga juga seolah-olah sering diseru oleh sesuatu.

Apa yang aneh ialah, Gary hanya dapat merasai kehadiran roh Melissa tetapi tidak pernah melihat kelibatnya. Sedangkan isteri dan anaknya yang lain mendakwa beberapa kali terserempak dengan kelibat roh Melissa di dapur, ruang tamu dan bilik tidur rumah mereka.

Keluarga Gary yakin situasi yang mereka lalui ini adalah sesuatu yang nyata dan peralatan tersebut mampu berfungsi dengan baik. Bagi membuktikannya, Gary telah memasarkan produk tersebut ke pasaran umum dan dijual pada harga antara USD70 hingga USD300.

Apa yang menarik, produk tersebut mendapat sambutan hangat serta turut menerima reaksi positif daripada pengguna. Malah, Persatuan Paranormal Antarabangsa telah menguji alat ini dan mengiktirafnya sebagai salah satu inovasi terbaik yang pernah dihasilkan.

Baca Lagi:
Penceramah popular Ridhuan Tee sahkan digam RTM
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
CATEGORIES