Lelaki bunuh teman lelaki isteri tak nak minta ampun, mahu dihukum gantung sampai mati

Photo of author

By Joe

Lelaki bunuh teman lelaki isteri tak nak minta ampun, mahu dihukum gantung sampai mati. Seorang warga Singapura memohon Mahkamah Persekutuan yang duduk di sini, hari ini mengekalkan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan ke atasnya kerana membunuh teman lelaki isterinya pada 2013.

Quah Tee Keon, 56 tahun, yang juga dituduh menikam isterinya sehingga menyebabkan kecederaan yang boleh membawa maut, menarik balik permohonan semakan hukuman gantung tersebut dengan pengetahuan akan kesannya.

“Saya tidak memohon pengampunan, saya hanya meminta hukuman gantung sampai mati. Terima kasih,” katanya.

Lelaki bunuh teman lelaki isteri tak nak minta ampun, mahu dihukum gantung sampai mati

Panel hakim yang dipimpin oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bersama dengan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hanipah Farikullah, kemudian memutuskan untuk menolak permohonan semakan itu dan mengekalkan hukuman gantung sampai mati terhadap lelaki tersebut.

Quah yang diwakili oleh peguam Bernard George ditahan selepas menyerah diri kepada polis di Kuala Lumpur pada 28 Oktober 2013.

Berdasarkan fakta kes, beliau telah membunuh seorang lelaki bernama Ruan Chao Qiang, yang juga warga China, di sebuah kediaman di Taman Mawar Indah, Triang, Bera, Pahang, kira-kira jam 3.30 pagi pada 13 Oktober 2013.

Beliau juga didakwa mencederakan isterinya menggunakan pisau sehingga menyebabkan wanita itu mengalami pelbagai kecederaan di bahagian leher, tangan, dan belakang badan pada lokasi dan waktu yang sama.

Kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee.

Baca Lagi:
Ustaz dedah ciri-ciri ada hantu raya dalam rumah, no.8 buat buat ramai meremang
“Perangai mak berubah lepas jumpa kawan lama masa reunion, satu hari mak kantoi curang sampai atas katil ketika aku ada dalam rumah”
“Ipar adalah maut”- Isteri terkejut suami kantoi ‘main’ dengan kakak kandung OKU