Lelaki bingung tidur tepi pantai, bangun di tengah laut

Photo of author

By Joe

Lelaki bingung tidur tepi pantai, bangun di tengah laut. Seorang lelaki di Taiwan ditemui terapung di atas sebuah pelampung selepas hanyut selama 19 jam di tengah laut kerana dia tertidur ketika berehat, lapor laman berita Oddity Central minggu ini.

Pada 7 Julai yang lalu, penumpang sebuah bot memancing yang sedang menuju ke jeti di bandar New Taipei terkejut apabila melihat sesuatu yang aneh terapung di laut. Apabila mereka mendekatinya, mereka mendapati seorang lelaki tanpa pakaian sedang terapung di atas pelampung berwarna pelangi.

Mereka membantu lelaki tersebut, Hong Nan, 58 tahun, naik ke bot dan membawanya ke daratan serta menghubungi perkhidmatan kecemasan.

Lelaki bingung tidur tepi pantai, bangun di tengah laut

Hong Nan memberitahu bahawa pada hari sebelumnya, kira-kira antara pukul 6 petang hingga 7 malam, dia sedang berehat di atas pelampung di tepi pantai disebabkan cuaca yang panas. Dia mengakui minum minuman keras, yang menyebabkan dia tertidur untuk jangka masa yang agak lama.

Apabila dia sedar, Hong Nan terkejut mendapati dirinya di tengah laut terbuka jauh dari pantai. Dia cuba untuk menjerit meminta tolong, tetapi tiada siapa yang mendengar jeritannya. Lelaki itu kemudian pasrah dan membiarkan dirinya dihanyutkan oleh arus laut.

Walaupun Hong Nan kelihatan lemah dan mengalami dehidrasi apabila dibawa ke hospital, namun keadaannya stabil dan dia dibenarkan untuk pulang ke rumah selepas menerima rawatan.

Baca Lagi:
“Sanggup tinggalkan hobi mahal”- Lelaki bakal jadi ayah offer swap RXZ dengan kereta sebab isteri bakal lahirkan anak
Ini cara mudah nak bersihkan bantal kekuningan dan ada ‘peta dunia’
“Jangan sesekali bawa daging mentah ketika camping”