Lelaki bertaraf ‘menteri’ dalam ajaran sesat Millah Abraham ditahan di Johor

Photo of author

By Joe

Lelaki bertaraf ‘menteri’ dalam ajaran sesat Millah Abraham ditahan di Johor. Seorang lagi individu yang disyaki sebagai pengikut Millah Abraham bertaraf ‘menteri’ dalam hierarki ajaran sesat itu telah ditahan dalam operasi bersepadu di Batu Pahat pada malam Rabu lalu.

Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khaled, berkata lelaki berusia sekitar 45 hingga 50-an itu ditahan di kediamannya kira-kira jam 7.15 malam.

Katanya, penahanan itu susulan daripada operasi bersepadu khas Ops Milab yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) bersama Cawangan Khas Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor Bahru.

Lelaki bertaraf 'menteri' dalam ajaran sesat Millah Abraham ditahan di Johor

“Hasil operasi bersepadu tersebut, seorang lelaki yang disyaki sebagai pengikut ajaran sesat Millah Abraham telah ditahan di Batu Pahat,” jelasnya.

“Lelaki itu mendakwa dirinya berstatus ‘menteri’ dalam kelompok ajaran sesat tersebut.

“Pendakwaan kes terhadap lelaki itu telah dijalankan semalam di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Batu Pahat, dengan tarikh perbicaraannya ditetapkan pada 24 September nanti,” kata Mohd Fared dalam satu kenyataan di sini.

Pada 6 Ogos lalu, seorang imam dan guru penolong kanan dilaporkan antara 14 individu yang disyaki pengikut ajaran sesat Millah Abraham yang dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah di sini pada hari ini, atas pertuduhan mengingkari pihak berkuasa agama serta memiliki bahan penerbitan agama yang bertentangan dengan hukum syarak.

Mereka terdiri daripada 11 lelaki dan tiga wanita berusia antara 30 hingga 70 tahun, yang didakwa secara berasingan atas satu atau dua pertuduhan mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 13 (1) (b) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Johor) 2003.

Berdasarkan fakta kes, mereka ditahan dalam operasi khas di beberapa daerah negeri ini, termasuk Segamat, Muar, Batu Pahat, dan Pontian pada 1 Ogos lalu.

Dalam serbuan tersebut, seramai 17 individu ditahan kerana disyaki pengikut ajaran Millah Abraham sebelum dibawa ke jabatan agama untuk disoal siasat.

Sebelum itu, JAINJ mengesan penyebaran ajaran Millah Abraham berikutan laporan polis yang diterima mengenai pergerakan anggota kumpulan tersebut.

Hasil siasatan awal mendapati mereka dipercayai cuba menyebarkan ajaran itu kepada ahli keluarga dan masyarakat di negeri ini.

Ajaran ini telah difatwakan haram pada tahun 2019 oleh Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Antara fahaman salah ajaran sesat ini ialah ahli mereka percaya bahawa sembelihan yang dibuat oleh bukan ahli adalah tidak sah, selain mempercayai kewujudan nabi baru dan memiliki syahadah yang berbeza.

Mereka juga cuba menggabungkan tiga agama iaitu Yahudi, Nasrani, dan Islam, serta menghuraikan ajaran al-Quran berdasarkan fahaman sendiri tanpa merujuk kitab tafsir.”

Baca Lagi:
Jenazah ayah masih di rumah, anak lambai ayah ‘di atas langit’ buat ramai netizen ketakutan
Lelaki ini berjaya cipta 15 rekod dunia dalam masa satu hari
Siapakah sebenarnya dikategorikan sebagai Kapir Harbi zaman sekarang?