Lelaki berjaya naikkan ikan patin terbesar didunia 190kg selepas bertarung 90 minit

Lelaki berjaya naikkan ikan patin terbesar didunia 190kg selepas bertarung 90 minit

Lelaki berjaya naikkan ikan patin terbesar didunia 190kg selepas bertarung 90 minit. Seorang pemancing dari Britain berjaya menangkap seekor patin seberat 190 kilogram (kg) yang dipercayai antara terbesar di dunia selepas bertarung selama satu jam setengah untuk menaikkan ikan gergasi itu di Thailand, lapor portal berita MailOnline semalam.

Dean McEwan, 36, menangkap ikan itu di Sungai Mekong ketika melakukan aktiviti memancing di kolam ikan Palm Tree Lagoon Fishery.

Disebabkan terlalu besar, tiga lelaki lain perlu membantu McEwan untuk memasukkan ikan patin tersebut ke dalam jaring bagi membolehkan berat dan saiznya diukur.

Lelaki berjaya naikkan ikan patin terbesar didunia 190kg selepas bertarung 90 minit

Haiwan gergasi itu mempunyai panjang 213 sentimeter (sm) dan seberat 190 kg.

Meskipun tiada rekod rasmi bagi kategori ‘catfish’ terbesar yang ditangkap oleh pemancing Britain di Thailand, hasil tangkapan McEwan mungkin adalah yang terbesar.

“Ketika itu adalah waktu tengah hari, di mana saya mengalihkan pandangan seketika daripada joran sebelum terdengar bunyi kuat pada batang pancing.

“Ia benar-benar menguji stamina. Selepas sejam setengah bertungkus-lumus, kami berjaya menaikkan ikan dan berehat seketika,” kata McEwan.

Selepas mengambil ukuran berat dan panjang serta merakam gambar kenang-kenangan, McEwan melepaskan semula ikan patin itu ke dalam tasik.

Sementara itu, seorang ekspatriat Britain yang mengendalikan kolam ikan itu bersama isteriya, Tim Webb berkata, ia merupakan ikan patin terbesar di tasik itu dan mungkin yang terbesar di Thailand.

Baca Lagi:
Setiap hari kucing lepak dekat rumah kosong, macam ada sesuatu…Satu keluarga datang pujuk tapi lain yang jadi
Jarang nampak dikaca tv sekarang, ini keadaan terkini Salih Yaacod setiap hari makan telur goreng dan sardin
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
CATEGORIES