Lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana lacurkan isteri untuk beli kek hari jadi anak

Photo of author

By Joe

Lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana lacurkan isteri untuk beli kek hari jadi anak. Seorang lelaki di Mojokerto, Jawa ditahan oleh polis selepas sengaja ‘menjual’ isterinya dengan menawarkan perkhidmatan seks untuk mendapatkan wang.

Menurut Ketua Polis Mojokerto Kota, AKP Achmad Rudi Zaeny, lelaki tersebut mengiklankan isterinya yang berusia 25 tahun melalui laman Facebook.

Beliau berkata, lelaki itu meletakkan harga sebanyak Rp 1.5 juta (kira-kira RM421.25) kepada pelanggan yang berminat, serta bayaran pendahuluan sebanyak Rp 200 ribu (RM56.17) melalui pemindahan wang dalam talian.

Lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana lacurkan isteri untuk beli kek hari jadi anak
Gambar sekadar hiasan

Pasangan tersebut bersama seorang pelanggan ditangkap polis pada 10 September lalu, ketika sedang berurusan mengenai perkhidmatan tersebut di sebuah hotel.

“Isterinya mengaku bahawa hasil wang tersebut akan digunakan untuk membeli sebiji kek sempena hari lahir anak mereka yang berusia enam tahun,” katanya dipetik Detik, pada Selasa.

Lelaki berdepan hukuman penjara 15 tahun kerana lacurkan isteri untuk beli kek hari jadi anak

Lelaki tersebut didakwa atas kesalahan pemerdagangan manusia dan bakal berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun serta denda maksimum sehingga Rp 600 juta (RM168,508).

Baca Lagi:
Sekawan lembu lari ketakutan selepas dengar suara wanita ini marah
Budak 11 tahun tangkap ular sawa panjang gergasi guna tali raih perhatian ramai
Ramai terkandas di sempadan Malaysia-Thailand kerana tunggakan cukai, ini cara semak status perjalanan Imigresen sebelum ke luar negara