Lelaki ada 3 isteri & 24 anak dedah rahsia yang ramai lelaki zaman sekarang tak mampu nak buat

Photo of author

By Joe

Lelaki ada 3 isteri & 24 anak dedah rahsia yang ramai lelaki zaman sekarang tak mampu nak buat. Seorang lelaki di wilayah Maluku Utara, Indonesia telah tular di media sosial selepas berkongsi kisah bahagianya hidup bersama tiga isteri dan 24 anak, lapor portal Tribun News.

Umar Kei turut mendedahkan rahsia bagaimana dia mampu hidup harmoni dan aman damai dengan isteri-isterinya serta anak-anaknya.

Menurut media tempatan, Umar Kei memutuskan untuk berpoligami selepas mendapat izin daripada isteri pertamanya.

Lelaki ada 3 isteri & 24 anak dedah rahsia yang ramai lelaki zaman sekarang tak mampu nak buat

Difahamkan, keputusan tersebut diambil kerana mereka berdua tidak dikurniakan anak selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga. Isteri pertamanya akhirnya hamil selepas kelahiran bayi sulung dari isteri keduanya.

“Isteri pertama memberi izin, tetapi turut berkata, ‘lihatlah suatu hari nanti saya pasti akan mempunyai anak’,” kata Umar Kei seperti yang dilaporkan dalam Tribun News.

Ketika pernikahan kali keduanya, isteri pertama turut hadir sebagai teman dan berada di sampingnya. Anak sulung dari isteri keduanya turut diasuh dan dijaga oleh isteri pertamanya.

Kemudian, Umar Kei dikurniakan cahaya mata bersama isteri pertamanya. Pada masa yang sama, anak pertama Umar Kei dari isteri keduanya baru berusia tiga bulan.

“Bermula dari saat itu, rezeki saya untuk memiliki anak terus bertambah,” ujarnya.

Berlaku Adil, Tidak Pilih Kasih

Setelah itu, Umar Kei memutuskan untuk bernikah kali ketiga. Kini, dia mempunyai 24 anak terdiri daripada 11 lelaki dan 13 perempuan bersama ketiga-tiga isterinya.

“Bagi saya, ia adalah satu kegembiraan kerana anak itu adalah anugerah daripada Allah yang harus kita jaga dengan baik,” ujarnya lagi.

Menyingkap rahsia kebahagiaan rumah tangga, Umar Kei berkata bahawa berlaku adil adalah perkara yang perlu diutamakan. Walaupun tinggal dalam satu kompleks kediaman yang sama, setiap isterinya disediakan rumah masing-masing.

Kompleks kediaman tersebut juga dilengkapi dengan kolam renang, gelanggang badminton, dan ruang ibadah khusus untuk keluarga besar mereka.

Bagi isteri-isterinya, Umar Kei disifatkan sebagai seorang yang tidak pernah pilih kasih dan pandai membahagikan masa secara sama rata.

“Alhamdulillah, abang Umar Kei adil orangnya. Jadi, kami belajar untuk ikhlaskan hati dan anggap sahaja semuanya bersaudara,” ujarnya.

Sebagai ketua keluarga, Umar Kei sangat tegas dalam urusan ibadah solat dan mengaji. Tribun News melaporkan bahawa apabila anak-anaknya melambatkan waktu solat atau malas membaca Al-Quran, dia tidak teragak-agak untuk mengingatkan mereka.

Perkara ini turut disahkan oleh anak-anak Umar Kei yang menyifatkan bapa mereka sebagai seorang yang penyayang, tetapi tegas dalam hal-hal agama.

Baca Lagi:
Pakar biologi pijak ular paling berbisa sebanyak 40,480 kali
Wanita dilapor hilang ditemui mati dalam kereta polis
‘Terjunan padu dan kemas’- Netizen harap penerjun Sarawak boleh jadi wakil Malaysia kalahkan penerjun China