Lebih ramai daripada penduduk Malaysia, ini senarai 5 negara paling ramai wanita bergelar janda

Photo of author

By Joe

Lebih ramai daripada penduduk Malaysia, ini senarai 5 negara paling ramai wanita bergelar janda. Kehilangan seorang lelaki bergelar suami, sama ada disebabkan kematian atau perceraian, merupakan pengalaman yang sangat menyakitkan dan menyedihkan.

Bagi isteri, memegang gelaran janda, balu, atau ibu tunggal bukanlah sesuatu yang mudah, terutama bagi mereka yang mempunyai ramai tanggungan.

Satu laporan terkini yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mencatatkan lebih 258 juta janda di seluruh dunia.

Lebih ramai daripada penduduk Malaysia, ini senarai 5 negara paling ramai wanita bergelar janda

Negara manakah yang menduduki carta teratas?

Panorama minggu ini menyenaraikan lima negara dengan jumlah ibu tunggal atau janda terbanyak seperti yang dipetik dari portal viva.co.id.

Kazakhstan
Di Kazakhstan, daripada lebih 19 juta penduduk, dianggarkan 4.6 perceraian berlaku bagi setiap 1,000 penduduk. Kadar ini merupakan yang kedua tertinggi di dunia pada tahun 2020-2021. Perceraian berlaku disebabkan bilangan perkahwinan baharu yang banyak, tetapi ekonomi tidak mengimbanginya.

Maldives
Maldives adalah negara di rantau Asia Selatan yang mempunyai jumlah janda kedua paling ramai di benua tersebut. Kadar perceraian di negara ini mencecah 5.52 bagi setiap 1,000 penduduk dengan jumlah penduduk melebihi 500,000 orang. Perceraian berlaku kerana penduduk Maldives kurang menyukai hubungan fizikal di luar perkahwinan. Selain itu, perkahwinan dan perceraian sangat mudah dilakukan di negara pulau peranginan ini. Peralihan budaya di Maldives kini merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kadar perceraian yang tinggi.

China
Dengan populasi yang besar, kadar perceraian di China juga agak tinggi. Kadar perceraian negara ini diketahui meningkat setiap tahun. Pada tahun 2015, China menduduki tempat kedua di dunia dengan jumlah janda tertinggi. Pada tahun 2018, kadar perceraian di China mencapai 3.2 bagi setiap 1,000 penduduk dengan populasi lebih daripada 1 bilion orang.

Taiwan
Pada tahun 2018, kadar perceraian di Taiwan direkodkan sekitar 2.3 bagi setiap 1,000 penduduk. Bagaimanapun, tiga tahun kemudian berlaku peningkatan. Kadar perceraian di Taiwan pada tahun 2021 meningkat kepada 2.5 bagi setiap 1,000 penduduk. Salah satu punca peningkatan perceraian adalah faktor ekonomi yang merosot akibat pandemik Covid-19, yang memberi kesan kepada keadaan kewangan penduduk. Hal ini menyebabkan beberapa wanita di Taiwan memilih untuk bercerai dan menjadi janda.

India
India bukan sahaja mempunyai bilangan janda tertinggi di benua Asia, malah di dunia. Pada tahun 2010, Yayasan Loomba melaporkan terdapat 42.4 juta janda di India. Pada tahun 2015, jumlah balu di India meningkat kepada 46.4 juta. Angka ini menjadikan India di tempat pertama mengatasi China. Selain itu, di India terdapat bandar dikenali sebagai Vrindavan yang terkenal sebagai kota janda. Di bandar yang terletak di utara Uttar Pradesh ini terdapat banyak tempat perlindungan untuk janda, sama ada diuruskan oleh kerajaan, badan bukan kerajaan, atau syarikat swasta.

Baca Lagi:
Anak kucing tersesat masuk kandang harimau, cara pekerja Zoo selamatkan anak kucing dipuji netizen
Dompet pelajar wanita yang hilang selama 63 tahun ditemui semula, isi dalamnya buat ramai tak sangka..
Wanita kena denda RM1,221 selepas bau ketiaknya melekat pada baju pengantin