Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang

Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang

Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang. Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak seluruh negara kini diambang muflis, dedah satu sumber yang memaklumkan bahawa ianya adalah akibat bebanan hutang yang dikenakan kartel dan penternak bersepadu atau integrator.

Tambah sumber dari sebuah persatuan penternakan wilayah tengah itu, hutang-hutang yang tidak masuk akal ini membabitkan perjanjian yang dibuat oleh kartel ayam serta integrator dengan penternak kontrak bagi membekalkan anak ayam, dedak makanan, vaksin dan ubat-ubatan untuk ternakan tersebut.

Selain tekanan pihak integrator dan kartel, ia juga ditambah dengan penternak kontrak yang kebanyakannya Bumiputera yang terpaksa menanggung hutang bank bagi membina fasiliti ternakan seperti reban ayam, di mana kosnya menelan belanja mencecah RM5 juta.

Lebih 630 pengusaha ladang ayam daging kontrak dihambat hutang keliling pinggang

“Ramai penternak ayam kontrak dihambat hutang keliling pinggang, sedangkan bukan salah kami. Mereka gigih bekerja siang malam menternak ayam bagi memastikan bekalan mencukupi seluruh negara. Malangnya isu hutang bermula sejak peringkat awal. Sebelum menceburkan diri dalam bidang ternakan, ramai penternak kontrak terpaksa buat pinjaman dengan bank untuk membina reban.”

“Bila reban sudah siap, penternak ini tiada kapasiti menghasilkan anak ayam untuk dibela, malah tiada kapasiti menghasilkan makanan dan vaksin sendiri. Jadi, mereka terpaksa mengikat kontrak dengan kartel bersepadu (integrator). Di sinilah, kartel menghidu kelemahan dalam ekosistem ternakan ayam,” jelas sumber.

Lebih malang lagi buat pengusaha ladang ayam daging kerana kelemahan itu wujud apabila tiada pihak yang mengawal bekalan anak ayam, dedak dan vaksin, malah tiada sebarang lembaga khusus yang menyelia ekosistem ternakan itu sehingga mengakibatkan penternak kontrak yang majoriti Bumiputera terpaksa bergantung kepada kartel yang menguasai segenap lapisan rantaian industri ternakan ayam.

Sumber turut mendedahkan bahawa empat syarikat seluruh negara yang terlibat membekalkan grand parent stock (GPS), tiada langsung pemain Bumiputera dalam keempat-empat syarikat itu.

Justeru, melihatkan situasi ini, sumber mendakwa, kartel dan integrator mencaturkan situasi itu bagi menghapuskan ladang-ladang kontrak seluruh negara.

“Bila mereka berjaya menguasai semua ladang kontrak seluruh negara, kartel ini akan jadi too big to fail, atau terlalu besar untuk digugat kerajaan. Maka mudahlah mereka menguasai negara ini melalui tekanan menggunakan isu keselamatan makanan negara.”

Baca Lagi:
Buah paling mahal di dunia, harga dia boleh beli sebuah rumah
Kebakaran di Kementerian Kewangan
Wanita sedih pernikahan dibatalkan, bakal suami dedah pihak perempuan minta geran rumah sebagai mas kahwin
CATEGORIES