Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

Laungan ‘Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO. Laungan ‘undur Zahid’ oleh kira-kira 20 individu bagi meminta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan bergema di Menara Datuk Onn di sini

Difahamkan, desakan itu dibuat penyokong UMNO dari UMNO Bahagian Bukit Bintang dan UMNO Bahagian KLCC selepas Ahmad Zahid gagal memberi kemenangan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Keadaan itu berikutan BN mencatatkan kemenangan kerusi paling rendah dalam sejarah apabila hanya memenangi sebanyak 30 kerusi Parlimen sahaja.

Menurut Ketua UMNO Cawangan KLCC, Datuk Seri Dzulkarnain Taib, kegagalan UMNO pada PRU15 harus digalas oleh Ahmad Zahid selaku ‘kepala’ kepada parti keramat orang Melayu itu.

Laungan 'Undur Zahid, No DAP, No Anwar bergema di ibu pejabat UMNO

“Bukan kita tidak sayang Ahmad Zahid, kita hormati dia tetapi seseorang perlu ‘pay the price’. Dalam hal ini, beliau kena ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kegagalan BN buat kali kedua,” katanya.

Baca Lagi:
Terkini: Zahid Hamidi sedia letak jawatan Presiden Umno?
Terkini: Pengerusi SPR mula tiba di Istana Negara
Noh Omar pula letak jawatan
CATEGORIES