Larangan bagi orang yang masuk ibadah korban yang ramai tak tahu

Photo of author

By Joe

Larangan bagi orang yang masuk ibadah korban yang ramai tak tahu. Menyembelih haiwan korban adalah sunat muakkad, iaitu perkara yang sangat di tuntut kepada umat Islam. Pada setiap 10 Zulhijjah kita akan meraikan Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidiladha.

Ia adalah salah satu ibadah yang agung sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s kepada anaknya Nabi Ismail a.s sebagai memenuhi perintah Allah SWT malah, peristiwa inilah disyariatkan untuk kita melaksanakan ibadah korban, ia merupakan amalan yang mendekatkan kita kepada Allah SWT.

Dalam hadis Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Larangan bagi orang yang masuk ibadah korban yang ramai tak tahu

“Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak adam pada hari al-Nahr (Raya Aidiladha) yang lebih dicintai oleh Allah selain daripada menumpahkan darah (binatang korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari Kiamat dengan tanduknya, bulunya dan kukunya dan sesungguhnya darah tersebut akan sampai kepada redha Allah SWT sebelum ia jatuh ke bumi. Maka, bersihkanlah jiwa kamu (dengan berkorban).” Riwayat Tarmizi

Menyembelih haiwan korban seperti kambing, lembu atau unta hanya boleh dilaksanakan selepas solat Hari Raya Aidiladha sehingga akhir hari Tasyrik. Oleh itu, pada 10, 11, 12, 13 Zulhijjah sahaja boleh lakukan sembelihan korban.

Apa yang perlu diberi perhatian oleh peserta ibadah korban adalah beberapa larangan yang perlu dipatuhi supaya dapat melaksanakan ibadah sunnah ini dengan baik.

Justeru itu, apabila sudah masuk bulan Zulhijjah (1 Zulhijjah) maka disunatkan bagi orang yang ingin menunaikan ibadah korban untuk tidak memotong rambut dikepalanya, wajahnya, atau badanya.

Malahan, tidak memotong kuku sehingga dia selesai menyembelih korbannya. Dalam hadis daripada Ummu Salamah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang mempunyai binatang korban untuk disembelih, maka apabila terlihatnya anak bulan Zulhijjah, janganlah dia mengambil satu apa pun (yakni memotong) daripada rambutnya, mahupun daripada kukunya sehingga dia selesai berkorban.” Hadis riwayat Imam Muslim

Justeru itu, bagi mereka yang ingin melakukan ibadah korban disunatkan untuk tidak memotong kuku, rambut serta bulu-bulu yang berada di badan sehinggalah selesai dia melakukan ibadah korban tersebut.

Baca Lagi:
Isi minyak guna kad bank, duit akan ditolak RM200 dari sepatutnya, ini teknik sebenar yang ramai tak tahu supaya duit tidak ditolak RM200
Pengguna bakal berdepan kenaikan bil elektrik bulanan pada kadar minimum RM187
Suami tak ada lesen memandu, lebih 4 tahun kahwin duduk rumah je tak pernah dibawa berjalan keluar rumah, tarikh penting pun tak pernah ingat!