Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

Lapan wanita Kelantan dipercayai ‘tukar wajah’ selepas diburu polis kes bunuh dan rompak.

Kalau kita tengok filem atau drama, biasanya suspek yang menjadi buruan polis akan tukar identiti mereka bagi mengelakkan dari dikenali dan ditangkap.

Rupanya perkara ini turut berlaku di negara kita. Menurut Harian Metro, lapan wanita dari Kelantan dipercayai telah melakukan pembedahan plastik bagi mengelak dari ditangkap polis.

Suspek wanita ini boleh bertukar wajah dan fizikal, lebih-lebih lagi yang melarikan diri sejak 2005 hingga menyebabkan sukar untuk pihak polis mengecam mereka. Berbanding suspek lelaki, walaupun mereka melarikan diri namun wajah dan fizikal tidak banyak berubah.

“Perkara ini memberi cabaran kepada pihak kita namun pihak polis tidak pernah berhenti untuk menjejaki mereka termasuk kerap pergi ke rumah keluarga, namun mereka tidak memberi kerjasama dan memaklumkan sudah tidak berhubung lama dengan wanita berkenaan.

“Kemungkinan pihak keluarga tahu lokasi suspek berada, namun mereka mahu melindungi suspek supaya tidak dapat ditangkap.”

Lapan wanita Kelantan dipercayai 'tukar wajah' selepas diburu polis kes bunuh dan rompak

Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, lapan wanita ini telah diburu sejak 17 tahun yang lepas atas beberapa jenayah melibatkan pembunuhan, rompakan dan kecurian. Uish bukan kaleng-kaleng ni.

Dipercayai, wanita-wanita ini masih ada di Kelantan dan berpindah-randah dari satu lokasi ke lokasi yang lain bagi mengelakkan diri dari dijejaki pihak polis.

Pihak kita tetap mencari mereka termasuk berhubung dengan polis luar Kelantan untuk menjejaki mereka bagi menyelesaikan kes yang tertangguh.

Namun, ada dalam kalangan mereka ini mungkin sudah melarikan diri ke negara jiran, Thailand dan sudah bertukar identiti serta nama bagi mengelakkan ia dikesan pihak polis.

“Kemungkinan mereka yang melarikan diri ke negara jiran juga sudah berkahwin dengan warganegara sana dan takut untuk pulang ke Kelantan kerana bimbang ditahan polis.”

Baca Lagi:

Lelaki ini kongsi cara pantas tukar duit raya RM1, RM5 di bank, tak perlu beratur panjang

Suami dalam penjara, Instafemes dari Kedah kantoi bawa lelaki lain tidur sama depan anak-anak

Dalam kita sibuk nak beraya, jangan lupa mereka yang memerlukan

CATEGORIES
TAGS