‘Langkah Jakarta’ Ismail Sabri nafi jumpa Muhyiddin rancang sesuatu

‘Langkah Jakarta’ Ismail Sabri nafi jumpa Muhyiddin rancang sesuatu

‘Langkah Jakarta’ Ismail Sabri nafi jumpa Muhyiddin rancang sesuatu. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan beliau ‘merancang sesuatu’ dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Jakarta, baru-baru ini.

Beliau dipetik Malaysiakini memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan fitnah berkenaan.

Dakwaan itu tersebar gara-gara Ismail Sabri tidak hadir mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno pada 8 Disember lalu.

‘Langkah Jakarta’ Ismail Sabri nafi jumpa Muhyiddin rancang sesuatu

“Kalau nak fitnah orang pun, biarlah munasabah sikit. Kalau dalam rekod Imigresen saya tak keluar negara, maknanya saya dalam negaralah.
“Saya sudah pun mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pemfitnah,” katanya.

Selain Ismail Sabri, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid juga tidak menghadiri mesyuarat tersebut.

Terdahulu tular mesej yang dikongsi berulang kali oleh individu tidak dikenali mendakwa Ismail dan pemimpin Umno yang tidak hadir mesyuarat MKT Umno pada malam itu berada di Jakarta dan ‘sedang merancang sesuatu’.

Menggelarnya ‘Langkah Jakarta’, Muhyiddin juga dikatakan turut berada di negara itu.

Sementara itu, menurut Ismail Sabri beliau berada di Bera makan nasi daun pisang bersama seorang wartawan veteran ketika mesyuarat MKT diadakan, namun lokasinya tidak didedahkan.

Jelasnya, pada sebelah malamnya pula, beliau berada di kawasan Parlimennya di Bera untuk perasmian perlumbaan kereta pacuan empat roda terkenal, Rainforest Challenge International (RFC).

Ini bukanlah kali pertama Ismail Sabri berdepan dakwaan sedemikian.

Sebelum ini, beliau dan beberapa pemimpin BN turut didakwa menghadiri pertemuan tertutup bersama parti dari gabungan lain.

Khabar angin itu tersebar ketika BN dilihat terbahagi kepada dua kem iaitu antara mereka yang menyokong Kerajaan Perpaduan dengan PH dan yang tidak bersetuju.

Baca Lagi:
Selalu bawa bekal nasi telur rebus, bos pelik perangai staff dia, padahal baru dapat gaji…
Netizen perasan sesuatu yang tak kena dalam rumah Aishah, penyudahnya netizen pula kena marah
Ini cara betul simpan telur, yang penting jangan letak dalam peti sejuk
CATEGORIES