Langgar SOP: Najib soal kenapa Kit Siang tidak disaman? Ini jawapan KJ

7c6010e1 c397 4f2f b461 9178f9752329

Langgar SOP: Najib soal kenapa Kit Siang tidak disaman? Ini jawapan KJ.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan pihak Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengeluarkan saman terhadap Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang selepas didapati tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Perkara itu dimaklumkan oleh Khairy Jamaluddin dalam satu ciapan di Twitternya tadi sebagai respon kepada Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mempersoalkan mengapa Kit Siang tidak didenda kerana berpelukan dengan ahli parti ketika Kongres DAP hujung minggu lalu.

lim

“Kompaun sudah dikeluarkan kepada @limkitsiang,” ciapnya.

Khairy Jamaluddin turut meminta agar Najib membayar satu kompaun yang dikeluarkan KKM terhadapnya semasa Pilihan Raya Negeri Johor.

“KKM juga harap @NajibRazak bayar satu kompaun yang dikeluarkan semasa PRN Johor yang masih belum settle.

“KKM juga harap @NajibRazak menerima empat lagi kompaun yang dihantar melalui pos daftar yang pegawai DS enggan terima sebelum ini,” katanya.

Khairy Jamaluddin turut memuat naik gambar kompaun yang dikenakan terhadap Kit Siang dan Najib baru-baru ini.

Terdahulu, Kit Siang serta Presiden PKR, Anwar Ibrahim yang turut hadir di acara berkenaan – disahkan positif Covid-19 semalam.

Baca Lagi:

Bapa durjana! Terlanjur dengan anak sanggup cerai isteri mahu kahwin dengan anak

Isteri kantoi curang dengan lelaki gelandangan dalam kereta, suami sado pukul sampai separuh mati

Guru dimaki ‘Scammer’ berang hanya dapat 5 sen sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *