Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi. Baru-baru ini, pelakon wanita terkenal, Lana Nodin tanpa berselindung memberitahu bahawa telah menjalani pembedahan plastik bagi membetulkan kedudukan hidung di Korea Selatan.

Dalam perkongsian tersebut, dia menyatakan bahawa hidungnya sudah tidak lebam dan bengkak selepas 15 hari pembedahan berkenaan dijalankan.

Buka balutan pembedahan

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Dia juga ada memuat naik video ketika membuka tampalan bekas pembedahan di aplikasi TikTok untuk menjelaskan keadaan sebenar hidungnya selepas pembedahan terbabit.

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Kos pembedahan cecah ratus ribu

Menerusi perkongsian di Mstar merujuk kepada siaran langsung yang dibuat Lana di TikTok, pelakon kelahiran Sarawak itu memaklumkan yang kos pembedahan terbabit adalah sebanyak RM166,000.

Kos tersebut dianggarkan agak mahal adalah disebabkan dia menggunakan tulang rusuknya menggantikan silikon atau plastik yang bersifat kekal.

“Kos keseluruhan kira-kira RM166,000… kali ini agak mahal sebab saya buat langsung tak sakit. Tiada darah yang terkeluar daripada hidung.
“Kenapa tulang rusuk? Sebab saya tak mahu berulang kali buat. Kalau apa-apa terjadi kepada saya, suami saya tak perlu nak buka an buang plastik sebab saya guna tulang sendiri. Ini kira kekal,” katanya.
@lananodin MMDG&W❤ onni gangnam style 🥰🥰 #korea #gangnamstyle #seoul #autumnvibes ♬ Gangnam Style (강남스타일) – Psy

Pembedahan kali ke-4

Dalam pada itu, pemilik nama Mazlina Nodin, 44 menjelaskan pembedahan tersebut adalah kali keempat dilakukan setelah mengalami kemalangan motosikal ketika berusia 19 tahun.

Ujarnya, beberapa pembedahan yang dilakukan sebelum ini telah menggunakan silikon namun ia kerap mengalami jangkitan sehingga terpaksa dikeluarkan.

“Dah empat kali saya buat pembedahan, ini yang terakhir. Saya dah tak mahu buat lagi sebab setiap kali guna silikon dan plastik pasti akan berlaku jangkitan.
“Kalau buat di Malaysia atau Thailand, ada pantang kena ikut iaitu tidak boleh makan telur tetapi di Korea, tiada pantang kecuali tidak boleh merokok atau mengambil minuman keras. Dua-dua saya tak ambil, jadi lebih senang,” ujarnya.

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Dah dapat keizinan keluarga

Tambahnya lagi dalam live berkenaan, dia telahpun mendapatkan izin daripada suaminya, Mohd Daud McKienzie dan juga ahli keluarga yang lain sebelum membuat pembedahan plastik.

“Arwah ayah, mak dan adik-beradik okey sebab mereka dah tahu. Kalau saya tiba-tiba nak ubah, memang mak saya akan mengamuk!
Kalau saya seorang yang suka buat pembedahan kosmetik, bibir dah tak macam sekarang. Jangan terlalu nak kecam, saya tahu saya bukan artis kegemaran korang,” ujarnya.

Lana Nordin bedah hidung guna tulang rusuk ganti silikon telan kos RM166,000, akhirnya ini yang terjadi

Terdahulu, Lana Nodin telah berkongsi videonya berada di Korea Selatan dengan hidung berbalut.

Tanpa berselindung, dia mengakui sudah 15 hari melakukan pembedahan plastik di sana dan akan membuka balutan dalam masa seminggu lagi.

Baca Lagi:
Letupan di Kompleks Bersepadu Rapid Pengerang
Saintis ramal ‘Kiamat Internet’ akan berlaku, matikan talian internet bertahun-tahun
Pelanggan minta nasi lemak lauk macam-macam, tapi mahu bayar 50sen je.. Akhirnya ini yang terjadi kepada penjual nasi lemak
CATEGORIES