Lama tak muncul di kaca tv, netizen terkejut tengok keadaan terkini bekas wartawan ‘terjah’ Nas Ahmad

Lama tak muncul di kaca tv, netizen terkejut tengok keadaan terkini bekas wartawan ‘terjah’ Nas Ahmad

Lama tak muncul di kaca tv, netizen terkejut tengok keadaan terkini bekas wartawan ‘terjah’ Nas Ahmad. Jika anda menggemari berita hiburan, pastinya nama wartawan penyiaran Nas Ahmad dekat dengan diri anda.

Popular dengan gelaran Abang Rambut Ketak dan Abang Terjah, Nas Ahmad seringkali merupakan wartawan ikonik yang cukup terkenal menerusi sebuah program hiburan suatu ketika dahulu.

Namun, menerusi kemas kini pengacara dan penulis lirik Ahmad Fedtry Yahya di Twitter baru-baru ini, kesihatan Abang Nas Ahmad dikhabarkan tidak berada dalam keadaan baik.

Terkenal dengan segmen Terjah di sebuah rancangan hiburan, bekas wartawan Nas Ahmad kini berdepan dengan ujian berat apabila disahkan menghidap penyakit jantung.

Lama tak muncul di kaca tv, netizen terkejut tengok keadaan terkini bekas wartawan 'terjah' Nas Ahmad

Perkara tersebut dikongsi oleh pengacara terkenal tanah air, Ahmad Fedtri Yahya di laman Twitter miliknya pada Rabu.

Menerusi ciapan tersebut, Fedtri memaklumkan mengenai perkembangan terkini wartawan itu.

“Perkembangan terkini Nas Ahmad Terjah. Difahamkan, beliau diuji dengan m.asalah jantung,” kata ciapan tersebut.

Beliau turut mengepilkan sekeping gambar Nas Ahmad berpakaian pesakit h.ospital yang dilapikkan dengan jaket dan kopiah, dengan senyumannya.

Menjengah di laman Instagram Nas Ahmad, dalam gambar terbarunya dia berkongsi gambar kaki dan tongkatnya.

Asalnya berdua, tiba-tiba alamak bertiga. Sabar sambut dugaannya, usaha dan berdoa agar kembali berdua semula nanti dengan izin-Nya,” memetik kapsyen gambar itu.

Sementara itu, di ruangan komen rata-rata pengguna media sosial meninggalkan doa serta kata-kata semangat buatnya.

Antara Reaksi Netizen

Syafakallah, Abang nasahmad terjah moga segera sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan laluan hidup dunia akhirat. Amin.

Syafakallah abang. Semoga dipermudahkan urusan dan segera sembuh, doa kepadanya.

You can do it abang. Semoga cepat sihat.

Baca Juga : 
Patutlah lama tak muncul di kaca tv, rupanya ini yang terjadi pada pelakon Rusdi Ramli
Dulu gaji masyuk sampai beli 7 buah kereta mewah, sekarang ini yang terjadi pada pemain bola sepak Kedah ini
Dah 3 bulan kahwin langsung tak disentuh suami, mertua asyik suruh teman dia tidur, akhirnya ini yang jadi..
Rupanya dalam IC kita ada duit, ini cara nak claim
CATEGORIES