“Laju betul buat kerja”- Mydin Malaysia promote baju sukan raih perhatian ramai. Sejak beberapa hari yang lalu, rakyat Malaysia telah menjadi emosi kerana tidak berpuas hati dengan pakaian rasmi yang akan dipakai oleh atlet dalam Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Banyak yang menganggap bahawa baju sukan hasil kolaborasi antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan pengeluar pakaian rasmi, iaitu Yonex, kurang menarik dan warnanya agak suram.
Ramai juga berharap agar Yonex mengubah rekaan baju tersebut supaya lebih menarik, supaya atlet Malaysia dapat memakainya dengan bangga sebagai perwakilan negara dalam Sukan Olimpik tersebut nanti.
Baru-baru ini, video di TikTok @mydinmalaysia menjadi tular apabila menunjukkan pekerja Mydin membuat parodi untuk mempromosikan pakaian sukan di kedai mereka yang cantik.
Dalam video berdurasi 41 saat itu, seorang pekerja lelaki nampak membuat parodi semasa acara pelancaran pakaian rasmi tersebut.
Perkara yang menyeronokkan adalah kehadiran Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin, dalam video tersebut.
“Adakah ini baju yang akan dipakai oleh wakil Malaysia? Baju dari Mydin lagi cantik,” katanya.
@mydinmalaysia Aduh macam macam komen pasal baju sukan ni. Btw kalau korang nak beli baju MALAYSIA cantik cantik meh lah beli dekat MYDIN tau! #MYDINMalaysia #TikTokMalaysia #olimpik2024 ♬ original sound – Mydin Malaysia
Sempat lagi kontinjen Malaysia nak tukar baju ni. We can do better than this!