“Lain macam gurau dia”, kawan datang jemput member di Airport naik van jenazah. Mempunyai rakan yang ‘sekepala’ sememangnya dapat menghiburkan hari-hari kita
Tak bosanlah kalau ada kawan yang suka buat kita gelak ini. Namun, kadangkala perangai mereka ini yang suka menyakat sehingga boleh memalukan kita.
Sama seperti video di TikTok ini apabila seorang individu menjemput rakannya dengan menggunakan van jenazah telah mencuri perhatian ramai.
Terpaksa naik sebab kawan dah datang jemput
Menerusi video tersebut, kelihatan dua orang rakan semasa itu sedang berada di lapangan terbang sambil menunggu rakan mereka.
Tetapi, apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka tergelak apabila sampainya rakan mereka itu. Dia dilihat menjemput dengan menaiki van jenazah.
Situasi itu membuat mereka tergelak dan tidak sangka. Dengan rela hatinya, dia terpaksa juga naik kerana sudah dijemput oleh rakan mereka.
“Confirm sepanjang jalan berzikir je ni” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 540.9K views, 52.4K likes dan 1,565 comments di TikTok.
@encikkhairulfahmi Sentiasa ingatkan kematian 🤣 #vanjenazahkk #kawandarineraka ♬ bunyi asal – 🇲🇾MADI🇲🇾BUAL🇲🇾
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Aduhai, kawan dia punya bergurau boleh tahan ya 😛