Lagu viral seluruh Malaysia, penyanyi lagu ‘Bey sobar bey’ akui takut-takut nyanyi di tempat sendiri Kelantan

Photo of author

By Joe

Lagu viral seluruh Malaysia, penyanyi lagu ‘Bey sobar bey’ akui takut-takut nyanyi di tempat sendiri Kelantan. Penyanyi lagu ‘Bea sobar bea, Bea rilek bea, Jange jange wi jadi gegey’ iaitu Eda Ezrin mengakui dia terpaksa menyanyi dalam keadaan ‘takut-takut’ di negeri sendiri.

Memetik Sinar Harian, Eda berkata dia memahami situasi di Kelantan yang tidak membenarkan wanita membuat persembahan di khalayak ramai namun tidak mematahkan semangatnya untuk terus menyanyi.

“Bakat ini merupakan punca rezeki kepada saya. Alhamdulillah, walaupun di Kelantan sukar tetapi saya ada menerima jemputan di seluruh negara sehingga tidak menang tangan,” katanya.

Lagu viral seluruh Malaysia, penyanyi lagu 'Bey sobar bey' akui takut-takut nyanyi di tempat sendiri Kelantan

Rupanya sudah 10 tahun berkecimpung dalam dunia seni suara, Eda berkata pada Oktober depan dia akan mengadakan persembahan di Brunei.

Sementara itu, Eda berkata dia akan muncul dengan lagu baharu tidak lama lagi bersama Man Khan serta Adek Wanie dan turut sama menyanyikan lagu solo.

Dalam pada itu, selain menyanyi Eda turut sibuk membuat ‘review’ produk kecantikan dan makanan.

Baca Lagi:
Guru puji murid perempuan susukan adik ketika belajar, ‘janji tak ponteng sekolah’
Bagi hadiah kereta dekat pasangan viral, ini respon usahawan bila tahu kisah sebenar mereka belum kahwin
“Saya buat ini kerana Tuhan”- Lelaki Cina besarkan 3 anak Melayu selama 16 tahun raih perhatian ramai