KWSP: Ramai yang pening dan keliru, kalau keluarkan RM10,000 kena ganti RM12,000 ke? Ini jawapannya…

1277352

KWSP: Ramai yang pening dan keliru, kalau keluarkan RM10,000 kena ganti RM12,000 ke? Ini jawapannya…

Permohonan khas KWSP sudah dibuka bermula 12 tengah malam tadi dan akan ditutup pada 30 April ini.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April.

Namun, pasti ramai akan membaca soalan lazim sebelum mula membuat permohonan, bagi memahami sepenuhnya terma dan syarat pengeluaran.

81648778616 PengeluaranKhas

Adakah anda pening dengan soalan 15?

15. Apakah yang dimaksudkan dengan penggantian semula amaun pengeluaran?

Ahli perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Kena ganti ke? Jangan risau, anda tidak perlu membayar semula amaun yang dikeluarkan.

Maksud soalan ini adalah untuk memberitahu bahawa KWSP akan menggantikan pengeluaran khas itu dengan caruman anda untuk bulan berikutnya.

Biasanya, KWSP akan menggunakan nisbah 70:30 untuk membahagikan caruman anda ke dalam Akaun 1 dan Akaun 2.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, jika mengikut kebiasaan nisbah 70:30.
RM700 – akan terus ke Akaun 1.
RM300 – akan terus ke Akaun 2.

Tapi, apabila pengeluaran khas dibuat, nisbah 100:0 akan digunakan.

Sebagai contoh, caruman anda RM1,000 sebulan, mengikut nisbah 100:0.
RM1000 – akan terus ke Akaun 1.
RM0 – akan ke Akaun 2.

Nisbah 100:0 akan terus digunakan sehingga baki Akaun 1 (termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan) digantikan semula dan caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu nisbah 70:30.

Diharap dengan penjelasan ini, anda tidak perlu ragu-ragu dengan pengeluaran khas KWSP.

Baca Lagi:

Tak cakap banyak, suami tikam isteri tengah bogel atas katil bersama lelaki lain

Gadis nekad terjun kereta selepas dicabul dan samun oleh pemandu e-hailing

Ibu bapa terkejut, ingatkan dapat anak kembar, rupanya anak kepala dua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *