Kumpulan The 1975 kena saman RM11.2 juta selepas buat onar di Malaysia

Photo of author

By Joe

Kumpulan The 1975 kena saman RM11.2 juta selepas buat onar di Malaysia. Penganjur acara Good Vibes Festival, Future Sound Asia, telah memfailkan saman sebanyak £1.9 juta (RM11.25 juta) terhadap kumpulan muzik Britain, The 1975, di Mahkamah Tinggi United Kingdom.

Tindakan ini diambil setahun selepas kontroversi yang dicetuskan oleh penyanyi utama kumpulan tersebut, Matthew Healy, semasa persembahan mereka di festival tersebut.

Menurut laporan, Future Sound Asia mendakwa The 1975 sengaja melanggar undang-undang negara walaupun telah diberikan beberapa peringatan.

Kumpulan The 1975 kena saman RM11.2 juta selepas buat onar di Malaysia

Antara garis panduan yang perlu dipatuhi oleh artis semasa berada di atas pentas termasuk larangan mengeluarkan kata-kata kesat, merokok, minum minuman keras, menanggalkan pakaian, serta bercakap tentang isu politik atau agama. Selain itu, garis panduan tersebut juga secara khusus mengharamkan ciuman.

Tuntutan saman tersebut menyatakan bahawa The 1975 tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan dan sebaliknya memilih untuk memprotes peraturan tersebut dengan memainkan senarai lagu yang berbeza serta sengaja mengingkari garis panduan. Ini termasuk ucapan provokatif Healy, ciuman, dan ‘pelukkan ghairah yang dibuat-buat dengan lama’ terhadap seorang lagi anggota kumpulan itu, Ross MacDonald.

Future Sound Asia memfailkan permintaan ganti rugi pada tahun lalu melalui firma guaman Steven Thiru & Sudhar Partnership, yang memetik perjanjian bertulis Healy bahawa kumpulan itu akan mematuhi semua garis panduan dan peraturan tempatan.

Dalam satu kenyataan, Future Sound Asia menyatakan bahawa tindakan The 1975 telah memberi kesan negatif kepada artis dan perniagaan kecil tempatan yang bergantung pada festival tersebut untuk peluang kreatif dan mata pencarian mereka.

Baca Lagi:
Satu keluarga tanggung malu, sangka kedai makan rupanya berhenti makan dirumah orang
Sarawak kini jadi negeri paling kaya dalam Malaysia, jumpa lubuk emas bernilai RM1.25 trilion
Bangunan tertinggi di dunia tapi tiada penghuni, ini sebabnya