Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari…Walaupun kucing adalah salah satu haiwan yang tidak mempunyai akal namun sebenarnya ia punya hati dan perasaan. Lebih-lebih lagi sekiranya ia sudah lama dibela oleh tuannya. Begitulah kisah seekor kucing yang lemah fizikalnya kerana merindui arwah tuannya.

Setiap hari bawa kucing arwah ayah ke kubur

Cerita petang tadi di perkuburan Econsave Senawang. Nak balik dari menziarahi kubur mak, ada budak nie bawak kucing yang agak lemah ke kubur. Bila ditanya, kubur tu adalah arwah ayahnya dan kucing yang dia bawak tu adalah kucing peliharaan arwah ayahnya..

Sejak arwah ayahnya meninggal sebulan lalu, kucing nie langsung tak nak makan dan hanya minum sahaja. Anak arwah nie bawak kucing nie ke kubur setiap hari bagi melepaskan kerinduan kucing nie terhadap tuannya.

Semoga arwah dibalas dengan syurga tempatnya dan semoga kucingnya ini sihat seperti sediakala…..amin

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

Kain hijau arwah buat kucing peliharaan melepaskan rindu

Kain hijau arwah buat kucing peliharaan melepaskan rindu

Kucing itu masih bernyawa tapi keadaannya sangat lemah selepas tuannya meninggal dunia.

Apa yang lebih menyedihkan lagi adalah apabila sampai je kubur arwah, kucing tersebut akan mengiau, lepas tu dia terbaring macam tu je. Kain hijau yang dibuat alas itu adalah kepunyaan arwah.

Katanya anak arwah sememangnya kerap membawa kucing itu ke kubur arwah bapanya. Manakala Syahrul sememangnya setiap hari ke kebur selepas pulang dari kerja bagi menziarahi kubur emaknya yang meninggal bulan 11 yang lepas. Walaupun hari-hari ke kubur, Syahrul cuma direzekikan bertemu budak itu untuk dua ke tiga kali setiap kali ke tanah perkuburan.

Pergi jua selepas 41 hari ‘bersedih’

Menurut nak arwah, kucing peliharaan mereka yang diberikan nama Aulia mati selepas 41 hari arwah ayahnya meninggal dunia.

Kucing ini terlalu rindukan arwah, sampai tak lalu makan dan akhirnya ia pergi selepas 41 hari

rinduAnak arwah iaitu Nur Atiqah berkata, kucing itu dibela oleh ayahnya sejak usia haiwan itu dua tahun dan kini sudah lima tahun bersama keluarga mereka.

“Kucing ini memang sangat manja tetapi hanya dengan arwah ayah sahaja. Kalau dengan kami, ibu dan dua lagi adik saya, tidaklah semanja itu. Tak sangka dia sangat bersedih sehingga tidak lalu makan.

“Aulia kucing yang cantik tetapi dia ada penyakit sawan dan sesekali bila terkena penyakit itu, ayahlah mengubatnya,” katanya.

Menurutnya, kisah Aulia terus dikenang kerana kasih sayangnya terhadap arwah ayahnya sangat meruntun jiwa mereka sekeluarga yang sudah dianggap keluarga sendiri walaupun ia binatang.

Lebih menyentuh hati mereka, kucing itu turut menuruti perjalanan arwah ayahnya apabila ma’ti selepas 41 hari ‘bersedih’.

Baca Juga : Zaman sekarang susah jumpa ‘Big Boss’ macam ni, kalau ada Syukurlah…

Jika mahu anak anda bijak pandai, elakkan buat perkara ini..

Cara nak ‘Left’ group WhatsApp tanpa diketahui ahli lain

Cara hilangkan bau busuk dalam kereta, guna serbuk Nescafe saja, confirm jadi

Senarai 14 negara akan hancur jika perang dunia berlaku antara Rusia dan Ukraine

CATEGORIES