“Kuat terpengaruh filem”- Pramugari kantoi seludup emas dalam dubur hampir 1KG. Hampir 1 kilo emas telah berjaya diseludup oleh seorang pramugari Air India Express di dalam penerbangan dari Muscat ke Kannur pada 28 Mei 2024 sebelum ditangkap oleh petugas keselamatan.
Ketika diperiksa, didapati sebanyak 960g emas telah berjaya diseludup di dalam bentuk campuran yang disembunyikan di dalam duburnya. Setelah disoal siat, pramugari ini mengaku telah melakukan perbuatan jenayah ini beberapa kali sebelum tertangkap.
Pramugari tersebut kini telah ditahan selama 14 hari di penjara Kannur.
Sebelumnya pada bulan Mac 2023, seorang pramugara Air India Express, Shafi Sharaf, telah ditangkap kerana melakukan jenayah yang sama. Suspek diduga telah menyeludup lebih dari 1.4kg emas di Lapangan Terbang Antarabangsa Cochin.
Suspek telah menyembunyikan emas tersebut dalam bentuk pasta di dalam pita pelekat di bawah lengan bajunya.
Surabhi Khatun, An air hostess from Kolkata, employed by Air India Express, was arrested at Kannur airport for smuggling 1KG gold, which she had concealed in her rectum.#SurabhiKhatun#airhostess#airhostessvideo#AirIndia pic.twitter.com/B9jY8x3qh4
— rahi (@rahi866) June 1, 2024
Agensi : Detik