KTMB perkenal 6 laluan ekspres, boleh jimat masa 40 minit. Mulai 1 Ogos ini, anda boleh menggunakan perkhidmatan terbaharu KTMB iaitu ETS Ekspres di mana ia akan mengurangkan tempoh perjalanan di laluan popular.
Enam perkhidmatan ETS Ekspress itu adalah:
– KL Sentral – Ipoh – KL Sentral
– KL Sentral – Butterworth – KL Sentral
– KL Sentral – Padang Besar – KL Sentral
Pengurangan tempoh masa sebanyak 40 minit
Perjalanan kereta api untuk sektor KL Sentral-Ipoh kini akan mengambil masa dua jam, sektor KL Sentral-Butterworth akan mengambil masa tiga jam 30 minit, dan sektor KL Sentral-Padang Besar akan mengambil masa empat jam 50 minit.
Kereta api ekspres ini hanya akan berhenti di stesen utama, membolehkan penumpang menjimatkan sehingga 40 minit dalam masa berulang-alik.
Dengan pengumuman ini, KTMB juga telah mengemas kini jadual terbaru perkhidmatan ETSnya, yang akan berkuat kuasa pada 1 Ogos.
Dengan pengenalan ETS Express, stesen seperti Tanjung Malim, Sungai Buloh, dan Kampar akan mengalami pengurangan kekerapan tren ETS.
Terdapat lima kereta api yang menuju ke dan dari Ipoh dan Padang Besar, dengan enam kereta api bergerak ke dan dari Butterworth.