KPN dedah ada ahli GISBH berkahwin empat, memiliki 34 anak tapi hanya kenal dua orang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, mendedahkan bahawa terdapat seorang ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang berkahwin empat dan memiliki 34 orang anak, tetapi hanya dua daripadanya yang dikenali.
Menurut Razarudin, hasil siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat ini menunjukkan bahawa ahli tersebut adalah yang mempunyai bilangan anak terbanyak dalam kalangan ahli GISBH yang lain.
“Dia (ahli GISBH) berkahwin mengikut agama, dan hanya selepas mengandung dia mendaftar secara rasmi di pejabat agama. Jadi, anak-anak ini apabila lahir, memang menggunakan bin dan binti Abdullah.
“Tetapi anak-anak ini bukan tidak sah taraf; jika mengikut agama, status mereka adalah sah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu, Razarudin berkata kebanyakan ahli GISBH telah dilatih untuk tidak mendedahkan identiti anak-anak mereka, sebaliknya menyatakan bahawa kanak-kanak itu adalah anak yatim piatu.
“Apabila kita tanya kepada anak-anak itu, mereka berkata tidak mengenali ibu bapa masing-masing, seolah-olah mereka adalah anak yatim,” jelasnya.
Gila sungguh GISB ni.
Anak 34. Pakai 2 je. Selebihnya tak tau pi mana.
GISB ni kandang ternak babi ke?pic.twitter.com/ZTHzICPfNr
— Adam Yusuf (@adamyusuf88) September 23, 2024