KPM akan keluarkan kenyataan rasmi SPM 2023 diawalkan

KPM akan keluarkan kenyataan rasmi SPM 2023 diawalkan

KPM akan keluarkan kenyataan rasmi SPM 2023 diawalkan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan kenyataan media rasmi berkaitan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2023 yang dikatakan bermula lebih awal pada 5 Disember depan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya setakat ini belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu.

“Kita (kementerian) memang belum keluarkan kenyataan lagi.
“Tunggu sahaja laporan penuh kita itu nanti,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Laporan Tahunan 2022 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 di Pustaka Raja Tun Uda, Seksyen 13 di sini, pada Selasa

KPM akan keluarkan kenyataan rasmi SPM 2023 diawalkan

Media melaporkan peperiksaan SPM 2023 bermula pada 5 Disember depan sejajar langkah KPM bagi mengembalikan sesi permulaan persekolahan kembali kepada asal iaitu pada Januari secara beransur-ansur.

Peperiksaan itu akan bermula dengan Ujian Amali Sains pada 5 Disember, diikuti Ujian Bertutur pada 8 Januari tahun depan.

Bagi peperiksaan bertulis, ia berlangsung pada 30 Januari dengan kertas terakhir pada 7 Mac.

Ini berbeza dengan jadual yang dihadapi oleh pelajar SPM 2022 yang bermula pada 30 Januari sehingga 15 Mac lalu.

Bekas Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom menyifatkan langkah mengawalkan SPM itu merupakan langkah pertama untuk mengembalikan jadual persekolahan kembali seperti sediakala.

Perkara itu penting kerana tarikh peperiksaan paling sesuai adalah seperti sebelum pandemik iaitu pada November dan Disember yang merupakan tempoh cuti yang panjang, sekali gus memudahkan KPM menggunakan waktu dan ruang yang ada untuk menjalankan peperiksaan.

Baca Lagi:
Muka baharu dalam politik, kenali jutawan hartanah yang kini bergelar Perdana Menteri Thailand yang ke-30
USA Army teruja dengan senjata tradisional Melayu, keris, samurai dan karamit, siap borong habis bayar pakai duit dollar
Genap setahun di tirai besi, Najib kongsi pengalaman jadi perhatian ramai
CATEGORIES