“Kotor sangat ke aku ni?”, Suami buang semua lauk yang aku masak selepas jumpa sehelai rambut

Photo of author

By Joe

“Kotor sangat ke aku ni?”, Suami buang semua lauk yang aku masak selepas jumpa sehelai rambut. Salam semua. Izinkan saya luahkan sedikit kebimbangan saya pada sikap suami. Tapi saya cakap awal – awal, luahan ni sedikit panjang. Sebab saya tak tahu nak ringkas – ringkas macam mana dah.

Sebelum tu saya kenalkan diri saya Zana, umur 32 dan baru ja berkahwin nak masuk 7 bulan. Saya kahwin pun orang kenenkan. Saya tak pernah bercinta ke apa sebabnya saya jenis berbadan besar dan tak de tarikan pun.

Suami saya F umur 34, dia dua beradik ja. Kakak dia sulung dan dia bongsu. Parents diorang katanya dah meninggaI masa umur diorang kecik. Family diorang ni tak besar pun. Maksudnya saudara mara pun tak banyak. Masa majlis hari tu tak sampai 30 orang pun datang.

"Kotor sangat ke aku ni?", Suami buang semua lauk yang aku masak selepas jumpa sehelai rambut

Kakak dia ni ada mini market. Oh ya, saya ni kerja cikgu. Saya dapat tukar ke Perlis. Dekat sini la saya kenal kakak dia. Sebab selalu beli barang dekat kedai dia. Kakak dia memang baik. Selalu la dia risik – risik saya, pastu cerita pasal adik dia.

Katanya adik dia ni tak nak kahwin. Jenis buat hal sendiri ja. Tak bercampur orang sangat. Ajak tinggal sekali pun tak nak.. Adik dia sewa rumah asing kat daerah lain. Dan macam – macam lagi la dia luah pasal adik dia. Selalu dia luah kegusaran dia pada adik dia yang suka menjauh diri dari semua orang.

Pastu fikir future adik dia sebab asyik tolak jodoh ja. Satu hari kakak dia berterus terang nak kenalkan saya pada adik dia. Kakak dia kata dia berkenan dengan saya, dan rasa sesuai dengan F. Entah kenapa, saya setuju ja.

Maybe fikir adik dia kan suka reject ja semua orang yang kakak dia cari. Mesti aku pun dia reject jugak. At least tak de la rasa bersalah kat kakak dia. Macam tu la saya fikir. Oh ya, saya tak pernah la tengok adik dia, sangkaan saya, adik dia jenis gempal – gempal jugak.

Sebab kakak dia pun badan macam saya jugak. Sebab tu saya macam ok ja diorang nak tengok saya. Tapi rupanya salah. Satu hari kakak dia cakap nak datang rumah saya bawak adik dia. Dia kata dia pun tak sangka adik dia setuju nak pergi tengok saya. Agaknya dah sampai seru kata kakak dia.

Saya ada la maklum dekat keluarga saya. Respon keluarga saya sangat positive. First time tengok dia, memang tak padan langsung dengan saya. F ni macam benggali – benggali sikit. Memang diorang ni darah campuran. Cuma kakak dia agak gelap.

Berbeza dengan F. F agak tinggi, kulit putih. Penampilan kemas. Badan pun kurus tegap. Family saya sangat berkenan dengan dia. Sebab dia sangat sopan. Cuma macam kata kakak dia, dia sangat pendiam. Jawab sepatah – sepatah. Apa yang orang tanya ja dia jawab. Nak bersembang tu macam tak pandai.

Kakak dia kata mungkin sebab dari kecik adik dia boarding school sampai dewasa menyebabkan dia tak rapat dengan family. Saya sebenarnya ingat dia akan reject saya. Rupanya dia cakap dia ok ja. Entah la macam mimpi pulak saya nak kahwin dengan dia.

Saya memang setuju ja siapa pun nak saya, sebab memang saya niat nak berumahtangga. Apatah lagi dengan usia saya yang makin meningkat, ibarat siapa sudi terima saya, saya jugak terima dia. Sebab saya sedar kelemahan saya banyak.

Tapi sebabkan dia yang first merisik saya, so family kami jugak setuju. Majlis berjalan dengan sangat cepat. Dalam tempoh tu saya tak pernah bersembang langsung dengan dia. Number telefon saya pun dia tak de. Sebenarnya saya macam was – was, betul ke keputusan saya ni.

Risau perangai dia macam mana la nanti. Pastu kenapa dia setuju dengan saya yang tak padan langsung dengan dia ni. Tiba – tiba macam – macam pulak fikiran buruk saya melintas. Ada jugak saya fikir kot – kot dia gay ke. Pastu terima ja perempuan buruk ni untuk tutup kelemahan dia.

Tapi mak saya kata dia nampak baik. Pastu tak mer0kok. Mak kata fikiran saya hanya gangguan syaitan ja. Akhirnya kami diijabkabulkan. Buat majlis beIah saya ja sebab family diorang kan tak ramai. Lepas kahwin dia duduk rumah mak saya seminggu. Masa tu cuti sekolah.

Seminggu tu dia langsung tak sentuh saya. Cakap pun tak. Saya ja bercakap tanya nak itu ke ini ke. Dia hanya akan jawab hmm kalau nak, geleng kepala kalau tak nak. Dia punya tahap tak bercakap tu, masa tengah bersanding ni boleh pulak tiba – tiba dia turun dari pelamin sebab nak pergi ambik air.

Padahal boleh ja mintak kat sapa – sapa. Anak sedara dia pun ada ja depan tu.. Sampai kakak dia pun marah. Orang kata tak elok kan turun pelamin macam tu. Tapi dia diam ja macam tak peduli apa. Jujurnya saya stress gila time tu. Fikir apa nak jadi dengan life saya.

Dia nampak macam tak suka saya ja. Macam – macam saya fikir masa tu. Rasa macam nak gaduh dengan dia, nak tanya kenapa kahwin kalau tak suka saya. Dalam hubungan suami isteri, komunikasi sangat penting. Tapi saya tak sangka sependiam ini dia. Mungkin jugak saya imagine macam – macam kot pasal perhubungan rumahtangga.

Seminggu tu kami banyak berjalan rumah saudara. Ayah saya sangat excited dapat menantu sulung. Ajak dia pergi sana sini nak kenalkan pada saudara mara. Dia ikut ja. Tapi jenis dia banyak mendengar tapi respon nya kurang.

Masa tu ada la kakak dia mesej saya tanya khabar. Saya terus terang cakap adik dia lngsung tak bercakap dengan saya. Saya kata ntah – ntah dia terpaksa kahwin sebab kakak dia paksa. Kakak dia kata nanti dia akan nasihat adik dia.

Cuma dia mintak saya sabar sebab adik dia memang tak bercakap banyak. Mungkin pemalu dengan perempuan jugak. Sebab adik dia fully boy school. Tak pernah kawan langsung dengan perempuan. Saya terima ja kata – kata kakak dia.. Saya faham la maybe dia jugak janggal dan kekok. Saya bagi ruang untuk kami berdua.

Oh ya, alhamdulilah suami orang yang solat. Tapi solat sendiri – sendiri ja. Cuma sehari dua lepas tu ayah saya ajak dia solat kat masjid sebab nak bagi orang kampung kenal.. Suami ikut ja. Tapi lepas tu saya ada cakap nak jemaah dengan dia. Dia hmm ja.

Tapi ada la dia tunggu saya dekat sejadah. Tapi macam tu la, tak bercakap apa sangat. Ibarat kita kena faham – faham sendiri la. Kalau 5 jam saya tak muncul, mungkin 5 jam jugak dia tunggu agaknya. Tak mungkin dia nak panggil saya.

Pastu lepas solat saya hulur tangan, dia macam blur. Tak de pun hulur tangan dia. Lama – lama saya belajar untuk faham rentak dia. Lepas seminggu tu suami kemas barang – barang dia. Dia kan duduk rumah sewa. Tapi dia cakap dia sebenarnya ada rumah cuma tak duduk.

Dia sekarang nak pindah rumah tu sebab dah kahwin kan. Masa tu family kami cakap la nak tolong kemas – kemas ke apa. Dia cakap tak pe. Dia dah uruskan orang. Dia cuma cakap dia tingalkan saya kat sini dulu la. Nanti lepas seminggu dia datang ambik.

Semua ni dia cakap dekat ayah saya ye. Tapi langsung tak cakap apa kat saya. Ok la still saya bersabar. Ayah ada la cakap kenapa tak bawak saya. Dia cuma diam. Dia kata nanti dia datang ambik lepas seminggu. Masa salam dia, saya cakap nanti kalau dah sampai rumah bagitau la. Dia angguk ja. Tapi tak de bagitau pun.

Oh ya, salam pun mula – mula tak bagi tangan tau, tapi sebab ayah saya datang baru dia hulur tangan. Stressnya.. Macam hypocrite pun ada. Btw, saya orang perak, dia perlis. Dia nak nak balik perlis la masa tu. Saya mengajar pun kat situ jugak. Cuma nanti duduk rumah dia la kan. Saya pun sewa jugak kat sini.

Sambung balik, sepanjang masa tu dia tak de contact saya. Ayah pun asyik tanya dia dah sampai ke. Ye la masing – masing risau. Time tu kebetulan cuaca buruk. Saya call dia tak jawab. Mesej pun tak tengok. Dah 8 lebih baru dia jawab.. Boleh dia tanya sapa ni.

Saya kata Zana, dia tanya Zana mana. Ya Allah, sakit kepala saya time tu. Dia sengaja ke apa tak tahu la. Saya kata isteri awak. Dia kata oh, ada apa. Memang saya naik angin masa tu. Panjang jugak la saya bebel kat dia. Ok la, tak nak cerita hal – hal lain yang serabut giIa dengan dia tu.

Memang lepas seminggu dia datang ambik saya. Tapi masa tu keluarga saya ikut jugak. Ye la nak hantar saya kan pastu nak bawak balik kereta saya lagi. Family saya tidur rumah dia 3 hari. Masa tu dia dah start kerja. Tapi ada jugak la dia bawak family saya makan – makan, jalan – jalan. Masa family saya ada, dia ok ja tau.

Lepas diorang dah balik baru nampak satu – satu perangai dia yang saya rasa tak mampu nak adapt. Oh ya, rumah baru dia tu semuanya serba putih ye. Langsir cat sofa, perabot – perabot all is white, termasuk semua benda dalam bilik. Tapi cantik dan tenang la rasa.

Dia panggil pereka dalaman untuk buat rumah dia. Cuma kotor mudah terlihat. So pagi tu dia pergi kerja pukuI 9 tau. PukuI 5 tepat dia akan ada kat rumah dah. Saya pesan kat dia, tenghari balik la makan kat rumah. Saya masak. Dia cakap ok. Kebetulan masa tu lagi 2 hari baki cuti sebelum masuk kerja.

So pagi saya pergi la kedai beli barang basah. Saya pakai sandal. Balik tu saya nak cuci baju. Rumah dia ni ada tanah keliling. So bahagian kiri tu dia buat macam laundry area. Mesin basuh, pastu ampaian semua kat situ la. Kira terasing dari dalam rumah.

Masa nak pergi jemur baju, saya pakai selipar ja la. Memang ikut pintu depan. Lepas tu buat kerja – kerja rumah sambil tunggu dia balik. Dia kata dia akan sampai pukuI 1. Biasa la kan, baru – baru kahwin ni rasa excited nak sambut suami.
Saya dengar bunyi kereta dia, terus la pergi depan pintu nak sambut dia. Dia keluar dari kereta tapi terus pandang bahagian ampaian tu. Saya pun pelik la. Kenapa. Saya pandang situ jugak. Dia terus jalan kat ampaian tu, dia sidai balik segala kain baju tu ikut warna ok..

Ye la, saya memang sidai t shirt ke kemeja dia ke baju – baju saya ke ikut jenis baju ja. Tapi dia susun putih, pastu kalau kuning – kuning. Pastu lain – lain warna la. Sebaris ikut warna – warna. Lepas tu baju – baju kemeja dia ambik. Dia letak satu – satu dalam hanger dan button semua. Pastu letak dekat ampaian lain. Saya tanya la kenapa ni.

Dia cuma cakap kalau kemeja dia buat macam ni.. Nanti dah kering ambik dengan hanger sekali terus masuk dalam almari ja. Saya cakap ok. Pastu saya tanya, kenapa awak susun baju ikut warna. Dia diam ja. Oh lupa, baju kurung saya pun dia susun ikut padanan dia ye..

Sebelum ni saya susun kain ja pastu baju. Dia susun semula baju dan kain spasang tu sebeIah – sebeIah. Pastu nak masuk rumah, dia pandang segala sandal dan selipar saya. Memang la saya biar macam tu ja. Tapi jenis dia kasut pakai sekejap ke lama ke, terus letak dalam almari kasut. Jangan biar macam tu ja.

Tapi masa tu saya halang la dia ambik, saya cakap nanti saya letak. Tapi dia tolak kasut – kasut saya guna kaki dia. Pastu susun macam kat asrama tu. Lepas tu siap pesan kalau pakai selipar guna pintu belakng. Padahal pintu depan lagi dekat dengan laundry area tu.

Ok tak pe la, abaikan yang tu. Masuk dalam rumah, dia pandang kunci kereta saya atas meja bulat. Dia ambik gantung dekat tempat kunci. Pastu beg duit saya dia cakap letak dalam bilik. Saya kata kat dia, saya belum naik atas. Tu tinggal sini.

Dekat meja bulat tu ada 1 pasu bunga kecik tau. Maybe pasu tu terinjak sikit. Dia betulkan benda tu. Pastu dia susun bantal kecik dekat sofa pada kedudukan betul. Saya rasa janggal dengan kelakuan dia masa tu. Time nak makan, kan saya letak nasi lauk sayur semua atas meja.

Dia susun semua tu sebaris ye. Sebaris memanjang. Dari rendah ke tinggi. Biasa kan kita letak depan belakang macam tu segala mangkuk tu. Pastu siap pandang bagi semua tu sebaris. Senget sikit pun tak boleh. Saya pelik la. Saya tanya kenapa ni. Dia diam ja.

Pastu pinggan dengan cawan dia, dia pergi basuh dulu sebelum saya cedok nasi. Padahal tu dah basuh dah. Saya dah bilas sebelum letak atas meja. Saya fikir dalam hati, maybe lepas ni kena cuci depan dia. Baru dia yakin bersih agaknya.

Masa nak makan, saya duduk depan dia tau. Nak makan sama – sama kan. Lepas tu saya teringat ada p0tong buah tadi. Nak ambik la dari peti ais. So masa bangun kan kerusi memang saya tak tolak la. Boleh pulak dia bangun pergi tolak kerusi tu masuk dalam.

Ya Allah. Saya tanya dia, hari tu masa family saya ada, awak tak bersikap macam ni pun. Dia diam ja. Saya fikir masa tu, dia ni ocd ke. Ok la hari tu lepas solat semua dia masuk kerja semula. Petang pukuI 5 dia balik, memang setiap hari rutin dia, balik – balik tu terus siram pokok – pokok dia.

Pastu dia ada bela ikan dalam akuarium. Bagi ikan – ikan dia makan. Pastu dia akan mandi. Oh ya, dia ada tanam pokok sayur – sayur la banyak. Kalau nak petik jangan guna tangan. Guna gunting khas dia. Entah la banyak betul pantang larang dia.

Malam tu kira first time saya berdua dengan dia. Saya tanya dia, ada masalah apa – apa ke kat saya. Dia geleng kepala ja. Lepas tu ya Allah. Dari jauh dia ternampak sehelai rambut saya kat lantai agaknya.. Cepat – cepat dia pergi sapu.. Pastu pandang sana sini ibarat cari ada apa – apa lagi ke kat lantai. Macam tu la dia.

Saya abaikan dia la. Saya pergi buka tv. Biasanya kan remote tu kita letak atas meja. Dia datang la duduk depan tv jugak tapi sebelum tu dia betulkan remote tv tu supaya straight. Korang faham ke eh. Sebab remote tu condong sikit masa tu.

Saya memang perhati ja perangai dia ni. 7 bulan hidup dengan dia, saya dah faham dia tak boleh benda tak tegak. Semua mesti tersusun. Barang – barang makeup saya semua tersusun sebaris ye. Pastu susunan dia mesti yang tinggi kat belakang, yang makin rendah tu di depan.

Semua benda dia susun macam tu. Botol – botol sos ke. Benda memasak ke. Mesti dalam barisan. Pastu akan ada ja dia betulkan apa – apa sebab mungkin saya tak peka pasal barang – barang tu senget ke apa. Peti ais saya ni, semua bahan – bahan dia tersusun. Setiap hari dia akan cek semua benda dalam rumah.

Pastu setiap benda mesti kena letak di tempat yang betul. Contoh macam kunci ke handbag ke, sekejap pun jangan letak atas meja depan. Kadang – kadang balik kerja letihnya ya Allah. Rehat la sekejap dekat hall. Dengan barang – barang kita memang letak ja kat sebeIah. Bagi dia tak boleh..

Sofa tempat duduk, bukan baring. Kalau nak baring, pergi masuk bilik. Sofa bukan tempat letak beg ke apa ke. Entah la banyak betul larangan dia. Oh ya, bila saya naik kerja, ada la kawan sorang bagi hadiah sebab tak datang majlis kan. Dia bagi set pingan mangkuk.

Warna biru tau. Cantk la. Saya fikir nak guna untuk rumah. So malam tu saya hidang dengan pingan baru tu. Dia terkejut tengok. Dia tanya mana pinggan lama. Saya cakap ada dalam almari. Kalut – kalut dia pergi keluarkan semua pinggan – pinggan dia yang putih tu.

Segala lauk pauk saya masak tu dia letak dalam bowl putih dia. Saya pulak termangu – mangu. Saya fikir apa masalah dia dengan warna lain.. Kenapa dia cuma nak putih ja. Ada sapa – sapa faham ke apa masalah dia ni ye.. Bila kita tanya apa pn tak nak cakap.

Oh ya, dia kan langsung tak sentuh saya tau. 1 hari saya tanya la. Ada apa – apa masalah ke. Dia geleng kepala. Masa tu pukuI 9 lebih tau. So saya persoalkan macam – macam la. Lepas tu dia tanya dah mandi ke. Saya kata dah la. Dia kata pergi mandi lagi la kalau nak.. Saya tanya kenapa. Dia tak jawab.

Tau tak stress macam mana masa tu. Sebab saya risau badan aku ni berbau ke. Siap saya tanya kawan baik saya, tanya adik – adik saya. Semua kata takde bau pun. Dia pun saya tanya jugak. Tolong la cakap apa kelemahan saya. Saya nak perbaiki. Tapi dia hanya diam ja.

Soalan – soalan saya dibiarkan saya dengan tanda tanya ja. Sampai saya ni berbotol – botol beli spray wangian. Takut dia bau badan saya busuk ke apa. So dalam 7 bulan ni, dia akan sentuh kalau saya baru sudah mandi. Kalau saya mandi pukuI 8 malam, kalau pukuI 10 dia nak, dia akan suruh saya mandi.

Satu hari saya bengang giIa. Saya cakap kat dia. Lepas ni bagitau siap – siap pukuI berapa awak nak. Tak perlu saya buang masa mandi awal – awal. Dah la lepas tu kena mandi lagi. Boleh pulak dia reply ok ja. Ya Allah… Sakitnya hati.

Satu hari tu saya masak ada rambut dalam sayur. Saya tak tahu la macam mana ada rambut. Dia belum makan lagi. Baru cedok, bila nampak rambut tu, terus dia buang sayur ye. 1 pinggan tu dia buang terus dalam tong sampah.

Pastu dia tak nak makan dah. Saya cakap dalam tu ja ada rambut kan. Yang lain – lain lauk boleh ja makan. Dia cakap dia tak akan makan makanan yang ada rambut dengan nada dia yang agak keras. Lepas tu dia cakap, kalau nak masak lepas ni make sure mandi dulu. Astafirullah. Kotor sangat ke aku ni.

Saya cakap kalau awak tak yakin masakan saya, awak masak sendiri la. Dia cakap ok. Ingatkan dia masak untuk kita sekali. Dia masak untuk dia sorang ja. Akhirnya saya terpaksa masak semula. Tak kan duduk 1 rumah masak asing – asing. Nak makan luar dia lagi tak suka. Dia kata kedai tak bersih.

Lepas seminggu dua macam tu, kakak dia datang la sekeluarga ziarah kami. Sebab dari dia masuk rumah baru ni, kakak dia belum datang lagi. So anak – anak sedara dia 4 orang tau. Budak – budak biasa la kan lari sana sini. Oh sebelum tu, masa diorang ni sampai, dia pergi susun kasut – kasut diorang ya. Ibarat macam dia tak boleh benda tak bersusun.

Pastu asyik suruh budak – budak tu duduk diam – diam. Budak – budak nak makan apa tah, dia suruh duduk kat meja makan. Dekat dapur kakak dia tanya la itu ini. Saya cuma cakap adik dia macam ocd. Saya terus terang cakap. Kadang – kadang saya stress jugak dengan adik dia.

Saya kata nampak tak meja dekat conner tu. Tu adik dia beli untuk saya supaya saya buat kerja – kerja sekolah saya kat situ. Adik dia rimas kalau saya buat kerja dekat sofa. Sebelum ni kan balik – balik saya akan buat kerja kat hall. Buka laptop. Pastu ada la kertas – kertas.

Jadi dia tak suka. Sebab kertas apa semua atas meja.. Bagi dia berselerak. Dia suruh saya buat dalam bilik. Kalau saya buat jugak, ada ja dia betulkan apa – apa kertas saya. Saya kata rimas la terperap dalam bilik ja. Saya nak la lepak kat hall. Sambil layan tv.

Lepas tu dia beli satu meja untuk saya, suruh saya buat kerja kat situ ja. Tu pun pen ke apa benda pun. Dia akan betulkan bagi sebaris. Masuk dalam rumah, pasti ada apa – apa tak kena kat mata dia. Dia mungkin macam tu.

Tapi saya bukan beringat semua benda nak kena susun elok – elok. Saban hari saya rasa stress kerana benda – benda macam ni. Saya kan cikgu, kadang – kadang balik kerja tak tentu. Kadang – kadang pukuI 3, kadang – kadang pukuI 5.

Ada sekali tu balik 4. 30, saya relax – relax la sekejap. Memang baju pun tak tukar la. Dia kan pukuI 5 dah terpacak dah. Terus dia tanya, tak mandi ke. Saya cakap saya baru balik jugak. Dia kata boleh tak balik – balik terus mandi. Tak kira pukuI berapa pun.

Saya tanya kenapa. Dia kata awak kan cikgu. Saya kata so, dia kata jumpa orang beribu – ribu. Saya tanya, jadinya kenapa. Dia kata cikgu ni pembawa penyakit banyak. Saya kata giIa. Macam dia tak jumpa orang banyak – banyak. Saya kata berapa kali sehari saya nak mandi? Nanti awak nak, saya kena mandi lagi.

Boleh dia jawab dah tu tak payah dah la. Stressnya ya Allah.. Saya kata awak bukan baru tahu kan saya kerja apa. Kenapa setuju nak kahwin dengan saya kalau rasa saya ni bawak penyakit ke apa. Dia diam sampai sekarang.

Tapi kan yang paling saya sedih, saya kan pergi kerja awal. Dia pukuI 6 lepas solat tu, dia akan main track mill. Jadi sebelum pergi kerja saya akan salam dia. Hari tu entah macam mana saya ternampak lepas salam tu dia sanitise ye tangan dia.

Ya Allah, remuk hati saya. Entah apa la dia fikir pasal saya. Ok sekarang saya ja.. Nanti ada anak macam mana. Saya tengok dia layan anak sedara dia pun saya dah bimbang dah. Tu belum lagi nanti anak conteng dinding dia yang putih suci tu.

Saya dah sehabis baik ikut segala benda macam dia. Sampai saya pun dah berjangkit sikit kena pastikan semua tersusun. Tapi saya jugak manusia yang penuh kelemahan. Ada ja apa – apa perbuatan saya yang tak senang di mata dia.

Setiap malam saya berendam air mata. Tapi dia tak akan tanya pun kenapa saya menangis. Agaknya saya mati pun dia tak peduli kot. Banyak sangat – sagat nak luah Iuka di hati sebenarnya. Belum lagi cerita attitude dia kalau saya naik kereta dia.

Ya Allah. Ujian apa la semua ni. Tolong la bagi kata – kata semangat dekat saya. Tapi jangan la nasihati saya untuk bercerai. Sebab saya sangat sayang dia, cuma saya penat nak ikut rentak dia setiap masa. Tolong nasihat saya macam mana nak handle sikap dia. Sumpah saya rasa gagal sangat.

Pastu agaknya dia ada s4kit apa – apa ke ye. Ada solution tak untuk sikap dia macam ni. Kot – kot ada doktor yang mahir. Tolong tinggalkan cadangan. Terima kasih.. – Zana (Bukan nama sebenar)

Komen Warganet :

Liyana Sulaiman : Ntah la dik. Akak rasa kesian kat laki h4ng. H4ng pun str3ss menghadap dia. Tapi kan, cuba alter keperluan awak ikut standard dia. Contoh la, PukuI 5 dia balik, jadi awak ada masa sebelum pukuI 5 untuk bermalas – malasan.

Sebelum dia balik, ready ikut standard dia. Kalau boleh rambut tu basahhhh lagi time dia balik, Nak tunjuk kata baru mandi. Dari penceritaan awk, memang dia ada traits OCPD. Cuba tanya dia, penah diagnosed dak. Kalau belum, ajak pi buat assessment. Pastu dapatkan treatment. Kalau sayang kat dia, kena belajaq untuk hidup bersama dia.

Kird Ree : Woi, aku baca habis. Nampak macam kau kahwin dengan seorang perfectionist. Semua kena teratur, organize. Dan tambah burukkan keadaan, semua kena ikut apa yang dia selesa dan nampak perfect. Bukan ocd rasanya ni. Tapi entahlah. Jujur lah aku rasa orang macam ni tak sesuai untuk hidup berkeluarga dan bermasyarakat. Aku doakan kau jumpa penyelesaian terbaik ye?

Baca Lagi:
Negeri Pahang duduk ranking no.1 dalam Malaysia naikkan harga paling tinggi hotel dan restoran
Orang ramai dah mula tak sabar nak naik teksi menyerupai UFO
Wanita kongsi ramalan tahun 2025 kewangan lebih keras, bersiap sedia mulai sekarang