Kos sebenar hukuman gantung seorang banduan di Malaysia yang ramai orang tak tahu

Photo of author

By Joe

Kos sebenar hukuman gantung seorang banduan di Malaysia yang ramai orang tak tahu. Umum sedia maklum bahawa enam tertuduh yang merupakan bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuh Pegawai Kadet Laut, Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Ramai yang mungkin tertanya-tanya mengenai kos hukuman gantung di Malaysia berikutan kes yang sedang hangat dibincangkan di media sosial ketika ini.

Melalui satu perkongsian video di Facebook, proses bagaimana seorang banduan yang dikenakan hukuman gantung sampai mati dan kos yang terlibat dalam pelaksanaan hukuman tersebut di Malaysia telah dipaparkan.

Kos sebenar hukuman gantung seorang banduan di Malaysia yang ramai orang tak tahu

Dalam video tersebut, dinyatakan bahawa kos untuk menghukum gantung seorang banduan di Malaysia adalah sebanyak RM1,975, berdasarkan data pada tahun 2018.

Kos ini akan meningkat sekiranya mayat pesalah yang dikenakan hukuman gantung tidak dituntut oleh waris, di mana kerajaan perlu menanggung kos tambahan sebanyak RM800.

Dikatakan bahawa tali gantung yang digunakan adalah sejenis tali yang diimport, diperbuat daripada jenis jut yang terbaik dan dibalut dengan kulit lembut untuk mengelakkan kecederaan pada kulit banduan yang akan digantung.

“Setiap tali gantung berharga antara RM4,000 hingga RM5,000, dan setiap satu dilengkapi dengan nombor siri serta diuji ketahanannya.
“Masa yang diambil untuk pintu perangkap di bawah lantai terbuka sepenuhnya adalah sekitar 15 saat selepas gear ditarik.
“Kematian berlaku dalam masa 30 saat hingga satu minit, dan banduan akan diturunkan dan diletakkan di atas troli selepas setengah jam tergantung.”

Perkongsian video tersebut telah membuatkan netizen berasa insaf dan gerun membayangkan proses hukuman gantung itu.

Sekadar makluman, Malaysia telah memansuhkan hukuman mati mandatori pada 4 Julai 2023. Ini bermaksud, hukuman gantung di negara ini tidak lagi diputuskan secara automatik dalam undang-undang.

Facebook

Baca Lagi:

Ini sebab kenapa Maszlee gesa Aiman Athirah letak jawatan Ahli Parlimen Sepang dan Ketua Wanita Amanah
Pusat Konvensyen Shah Alam akan diroboh
“Kotor sangat ke aku ni?”, Suami buang semua lauk yang aku masak selepas jumpa sehelai rambut