Kopi, teh susu jadi rebutan orang ramai, sanggup beratur pukul 4 pagi. Sebuah kafe kopi di Hanoi mendapat sambutan luar biasa dari pelanggan sehingga banyak yang sanggup beratur sejak pukul 4 pagi, lapor Tuoi Tre News.
Bahkan, beberapa orang muda membawa alat solek sejak tengah malam semasa beratur untuk menikmati kopi dan teh susu di kedai yang terletak di Hoan Kiem.
Kafe itu memanjangkan waktu operasinya dari pukul 4 pagi hingga 11 malam sebagai respons terhadap permintaan yang meningkat dari pelanggan.
Perubahan ini telah menarik minat banyak golongan muda.
Seorang wartawan dari Tuoi Tre News yang melawat kafe pada pukul 3.40 pagi Jumaat lalu, hanya 20 minit sebelum dibuka, melihat ramai anak muda sudah beratur di hadapan kedai tersebut.
Salah seorang pengunjung, Tran Thi Nguyet, 20 tahun, berkata setelah mengetahui dari media sosial bahawa kafe ini buka dari pukul 4 pagi, dia mengajak rakan-rakannya untuk datang.
“Kami melihat video di internet yang menunjukkan suasana yang menakjubkan di kafe ini, itulah yang mendorong kami datang,” katanya.