Kontak rapat tanpa gejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin

51614098790 KhairyJamaluddin 2

Kontak rapat tanpa gejala tidak perlu lagi menjalani kuarantin.

Kontak rapat bagi individu tanpa gejala dan bergejala tanpa mengira status vaksinasi tidak perlu menjalani kuarantin berkuat kuasa 22 April ini.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu terlibat perlu mematuhi beberapa protokol ditetapkan.

“Dalam tempoh lima hari dari tarikh terakhir pendedahan kepada kes positif Covid-19, kontak rapat ini hendaklah sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar dari rumah, elakkan berada di tempat yang sesak dan elakkan daripada melawat kumpulan berisiko tinggi.

“Selain itu, hendaklah memastikan pengudaraan yang baik dan membuat perjalanan yang penting sahaja,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen, hari ini.

Khairy berkata, bagi kontak rapat bergejala masih perlu menjalani kuarantin.

Tambahnya, individu berkenaan digalakkan menjalani ujian RTK kendiri pada hari gejala bermula dan seterusnya melakukan sekali lagi pada hari ketiga.

Baca lagi: 

Wanita tertinggal kad bank, laki bini sakan belanja guna “paywave” muka dah tersebar

Bella dipaksa makan 1,280 biji cili padi

Selepas kecoh suami hilang dalam rumah, kini muncul buat “Live FB” cerai isteri depan viewer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *