KKM sahkan produk Sos Pasta Carbonara Prego ditarik balik daripada pasaran, ini sebabnya

KKM sahkan produk Sos Pasta Carbonara Prego ditarik balik daripada pasaran, ini sebabnya

KKM sahkan produk Sos Pasta Carbonara Prego ditarik balik daripada pasaran, ini sebabnya. Sebuah berita yang mengejutkan dalam industri makanan apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan produk sos pasta berkrim carbonara cendawan jenama Prego keluaran Malaysia ditarik balik daripada pasaran akibat kerosakan pada produk.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Campbell Cheong Chan (M) Sdn Bhd mengenal pasti punca kerosakan itu akibat kesilapan semasa pemprosesan.

KKM sahkan produk Sos Pasta Carbonara Prego ditarik balik daripada pasaran, ini sebabnya

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan turut menerima notifikasi daripada syarikat itu yang mengesahkan produk tersebut turut dijual di Malaysia.
“Dalam hal ini, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan sedang memantau proses penarikan balik produk berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Bukan itu sahaja, produk sos pasta carbonara cendawan jenama Prego yang diimport ke Singapura turut ditarik balik daripada pasaran disebabkan kerosakan produk.

Difahamkan Produk sos pasta keluaran negara Malaysia tersebut menunjukkan tanda-tanda kerosakan, termasuk bau tidak menyenangkan, warna luar biasa, struktur berair dan lapisan cecair terpisah.

Khusus buat pengguna yang sudah mendapatkan produk ini, DG Hisham memaklumukan produk yang terjejas terdiri daripada produk bernombor lot 2022081716 yang dikeluarkan pada 17 Ogos lalu dari 10.18 malam hingga 11.20 malam dan bertarikh luput 17 Ogos 2023.

Para peniaga turut dinasihatkan agar menghentikan penjualan serta-merta manakala pengguna yang membelinya tidak makan produk tersebut.

Sebarang maklumat atau kemusykilan berhubung isu itu, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat dan melayari Kementerian Kesihatan atau laman Facebook rasmi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.

Baca Lagi:
Abang Foodpanda cuak terima order tengah malam area kubur, sekali ini yang jadi
Rumah banjir, ramai nak tahu boleh ke jamak solat? Ini jawapan Ustazah Asma’ Harun
Niat nak berjimat order ‘ice water’, sekali yang sampai air bapak mahal
CATEGORIES