KKM dedah produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire mengandungi racun berjadual

KKM dedah produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire mengandungi racun berjadual

KKM dedah produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire mengandungi racun berjadual.

Notifikasi produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire telah dibatalkan kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengesan produk kosmetik tersebut mengandungi hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-valerate dan penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.

KKM dedah produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire mengandungi racun berjadual

“Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, penjualan dan pengedaran produk kosmetik itu adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Menurutnya, hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar ultra violet (UV) berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

KKM dedah produk kosmetik Night Cream ForU By D Ains Beauty Empire mengandungi racun berjadual

Betamethasone 17-valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers,” katanya.

Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA di www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Baca Lagi:

Kes Usahawan Diculik : Tak sampai 24 jam, penduduk temui sesuatu di sempadan Thailand

5 perkahwinan selebriti Malaysia yang termahal, no 4 fuhh ‘sampai RM30 juta!’

Tular rakaman CCTV usahawan kosmetik dilarikan 3 lelaki depan pintu rumah

CATEGORIES