KJ sekeluarga payung main gitar lagu raya versi rancak dan rock

KJ sekeluarga payung main gitar lagu raya versi rancak dan rock

KJ sekeluarga payung main gitar lagu raya versi rancak dan rock. Gelagat bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama anak-anak dan isteri, Nori Abdullah bermain alat muzik menerusi video raya yang dimuat naik beliau menghiburkan orang ramai.

Rata-rata pengguna laman sosial menyifatkan beliau seorang yang serba boleh dan berbakat menerusi video raya, Ironwood x Cougiran iaitu kolaborasi bersama guru-guru bidang muzik di Ironwood.

“Hari raya tahunan dengan kolaborasi bersama guru-guru di Ironwood. Selamat hari raya, maaf zahir dan batin,” kata Khairy Jamaluddin menerusi Instagram beliau.

KJ sekeluarga payung main gitar lagu raya versi rancak dan rock

Berdasarkan video tersebut, mereka memakai pakaian sedondon warna merah menyanyikan dan memainkan lagu popular bertajuk Suasana Hari Raya dendangan oleh Almarhumah Sharifah Aini, tetapi dengan versi rancak dan rock.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji serta meninggalkan komen positif terhadap video raya tersebut.

“Pening KJ ni, menteri boleh, juruhebah boleh, main muzik boleh. Jangan sampai lepas ni buat rancangan memasak pula nak ‘caras’ Khairul Aming,” komen izunorrama.

“Saya perasan yang KJ ini seorang yang berbakat,” kata monomaniacblue.

“Eh sejak bila Uncle KJ main gitar pula ni,” seloroh aqilnazminazmi.

Pada sambutan Syawal tahun lalu, Khairy Jamaluddin bersama keluarganya memakai pakaian sedondon warna kuning turut melakukan kolaborasi video raya dengan menyanyikan lagu Balik Kampung dendangan Almarhum Sudirman Arshad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Khairy Jamaluddin (@khairykj)

Baca Lagi:
Lelaki dedah kenapa jangan ambil duit kalau jumpa di tempat ini
Hotel di Kelantan penuh sepanjang Aidilfitri, orang ramai risau balik kampung dapat air kotor?
Hanya kutip sampah, wanita ini ajar buat duit RM10,000 setiap bulan
CATEGORIES