KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani

KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani

KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani. Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar meletakkan gred pencapaian 100 hari pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui Kerajaan Perpaduan sebagai B- (tolak).

Beliau berkata, markah itu jauh lebih tinggi daripada kadar lulus (passing rate) kerana dasar jangka panjang kerajaan masih lagi sama.

Katanya, pencapaian ahli kabinet juga dilihat tidak konsisten dalam usaha membantu Perdana Menteri menggariskan hala tuju yang lebih jelas.

“Saya tidak kata mereka tidak bagus namun kurang menyerlah. Kita jangka mereka akan terus ke hadapan dalam membantu Perdana Menteri mentadbir negara.
“Jadi markah B- yang saya bagi untuk pencapaian 100 hari Kerajaan Madani sudah cukup tinggi,” katanya menerusi Program Podcast Keluar Sekejap episod 1 pada Selasa.
KJ bagi markah 100 hari pentadbiran Kerajaan Madani

Turut hadir ke program tersebut ialah bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Khairy turut berharap Anwar tidak memegang portfolio Menteri Kewangan selepas tempoh lima tahun akan datang.

“Diharapkan Anwar akan melepaskan jawatan keduanya itu selepas melihat ekonomi negara semakin stabil dan mempunyai hala tuju jelas.

“Dalam tata kelola kerajaan lebih baik asingkan jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan,” jelasnya.

Beliau juga berpendapat, kerajaan akan melakukan pengagihan semula (re-distrubition) sebelum melaksanakan kembali cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kalau terus buat GST, ia akan memberi kesan kepada politik Anwar. Berbeza dengan zaman Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ketika itu dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Kalau Anwar tiada skandal, agih bantuan kepada rakyat secara konsisten saya percaya ramai yang boleh terima pelaksanaan GST,” ujarnya.

Sementara itu, Shahril Sufian memberi markah A- kepada pencapaian 100 hari pentadbiran kerana mempunyai isyarat awal dalam pembangunan negara dan kebajikan rakyat.

“Saya fikir ada batu-batu asas mengenai usaha semua ahli kabinet untuk memastikan negara lebih maju pada masa akan datang.

“Walaupun tidak dinafikan, banyak dasar hanya diteruskan daripada pemerintahan terdahulu namun ia harus dipuji kerana mementingkan rakyat,” ujarnya.

Baca Lagi:
Lelaki ini berjaya rakam ruang dalaman Proton X90 (VX11) buat kali pertama sebelum keluaran rasmi
Status terkini Muhyiddin selepas didakwa ditahan ketika main golf
Farid Kamil buat pendedahan, ‘Dialah yang memukul Diana’ trauma sampai sekarang
CATEGORIES