Kitab Injil tertua dan paling lengkap di dunia dilelong RM220 juta

Kitab Injil tertua dan paling lengkap di dunia dilelong RM220 juta

Kitab Injil tertua dan paling lengkap di dunia dilelong RM220 juta. Kitab Injil tertua yang ditulis dengan bahasa Ibrani dan paling lengkap di dunia akan dipamerkan di London minggu depan, sebelum lelongan pada Mei bagi membolehkan ia dijual sehingga AS$50 juta (kira-kira RM220 juta).

Reuters melaporkan, kitab berusia 1,000 tahun itu dijual hampir dengan nilai anggarannya.

Codex atau manuskrip dalam bentuk buku akan tersedia untuk tontonan umum buat kali pertama dalam tempoh 40 tahun minggu hadapan di Sotheby London dan kemudiannya akan dipamerkan di Tel Aviv, Israel serta Dallas, Los Angeles serta New York di Amerika Syarikat (AS) pada Mei.

Kitab Injil tertua dan paling lengkap di dunia dilelong RM220 juta

Kitab Injil Ibrani itu mengandungi 24 buku berasingan yang disusun menjadi tiga bahagian bermula dengan kitab kejadian dan berakhir dengan Tawarikh.

Codex Sassoon menjadi teks bercetak atau dokumen sejarah paling berharga yang pernah dijual di lelongan, kata Sotheby.

Pelabur Kenneth Griffin mencipta rekod pada 2021 apabila membayar AS$43.2 juta (kira-kira RM190 juta) pada lelongan Sotheby untuk salinan edisi pertama Perlembagaan AS.

Codex Sassoon dinamakan sempena pemilik terdahulu David Solomon Sassoon, yang memperoleh kitab pada 1929 dan mengumpulkan salah satu koleksi peribadi paling penting bagi manuskrip Judaica dan Hebraica pada abad ke-20.

Dokumen itu menawarkan pautan kritikal yang menghubungkan tradisi lisan Yahudi kepada kitab Ibrani moden.

Sehingga baru-baru ini pemilik semasa, pengumpul Jacqui Safra mempunyai karbon Codex Sassoon dan mengesahkan ia lebih tua daripada Codex Aleppo dan Codex Leningrad, dua lagi kitab Ibrani terawal.

Salinan teks kitab tertua yang pernah ditemui ialah Skrol Laut Mati yang ditemui dalam gua pada tahun 1947.

Baca Lagi:
MP PAS bergelar doktor bimbang Menu Rahmah berisiko penyakit kanser dan austisme
Lelaki setuju hantaran RM22,222.22, selepas selesai akad nikah lelaki ceraikan isteri talak 3 depan orang ramai
Lelaki ini sanggup cari ‘roadblock’ nak test aplikasi MyJPJ, tak sangka ini respon abang JPJ
CATEGORIES