Kisah yang ramai orang tak tahu, Zaiton Sameon dedah pernah diajak kawin oleh Allahyarham Sudirman, tapi ditolak dengan alasan ini..

Photo of author

By Joe

Kisah yang ramai orang tak tahu, Zaiton Sameon dedah pernah diajak kawin oleh Allahyarham Sudirman, tapi ditolak dengan alasan ini… Penyanyi lagenda, Zaiton Sameon berkongsi kisah hidupnya ketika di era kegemilangan bersama-sama dengan lagenda Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad suatu ketika dahulu.

Dalam satu sesi wawancara bersama Sinar, Zaiton memaklumkan hubungannya bersama Sudirman amat rapat dan Allahyarham pernah menciptakan lagu berjudul Lupakan Saja yang berkisar tentang kehidupan Zaiton.

Saya rapat dengan arwah masa tu saya standard 1 dia standard 3 jadi saya cerita dengan dia lah pasal cerita sedih kehidupan saya, tentang kahwin cerai dan saya nak bunuh diri.

Kisah yang ramai orang tak tahu, Zaiton Sameon dedah pernah diajak kawin oleh Allahyarham Sudirman, tapi ditolak dengan alasan ini..

Jadi lirik lagu tu memang dia suruh saya lupakan saja tentang kesedihan itu.

Malah, Zaiton mendedahkan bahawa Sudirman pernah mengajaknya berkahwin namun dia menolak.

Tapi, ada satu kali tu dia cakap, Ton jom kita kahwin lepastu saya jawab macam mana aku nak kahwin dengan kau, kau kan pendek, tak baik saya ni kan tapi saya cakap direct.

Zaiton dalam pada itu turut mengatakan dia berasa sedih kerana tidak sempat berkolaborasi bersama Allahyarham kerana dirinya mengalami kecelakaan jalan raya pada ketika itu.

Dah nak buat dah lepastu saya accident” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SINAR (@sinar_my)

Sekadar info, Zaiton terlibat dalam kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada tahun 1990 sehingga dia menyebabkan hilang ingatan sementara.

Penyanyi lagu Menaruh Harapan itu turut kehilangan anak lelaki tunggalnya yang berusia 13 tahun dalam kemalangan itu.

Baca Lagi:
“Ramai yang tersakiti rupanya”- Malaysia negara ketiga orang paling ramai ‘single’ di Asia Tenggara
“Terima kasih orang baik”- Akak polis bersihkan anak tahanan raih pujian orang ramai
“Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar”, bekas PM 9 sambung pengajian