Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis . Ulama adalah pewaris Nabi. Selepas kewafatan Nabi SAW, merekalah yang meneruskan ajaran yang dibawa Rasulullah dan menggalas tanggungjawab dengan segala kebijaksanaan yang dimiliki.

Dengan usaha gigih mereka, warisan A-Quran dan Hadis dapat dipelihara sehingga kini secara tulen buat umat Islam.

Perkataan “ulama” berasal daripada “alim” yang bermaksud ilmuan atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutamanya mengenai hal ehwal agama.

Secara amnya, tugas seorang ulama adalah untuk membimbing dan memandu umat Islam dalam permasalahan agama mahupun masalah kehidupan yang diperlukan dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Namun, walaupun berpengetahuan tinggi dan dihormati, ulama juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan atau kesesatan dan terlibat dengan kontroversi.

Seperti yang berlaku, seorang ulama terkenal di abad ke-20 ini dianggap sebagai ulama paling kontroversi sehingga hari ini. Malah, dia juga dianggap telah murtad atau terkeluar daripada Islam. Ulama yang dimaksudkan adalah Abdullah Al-Qasemi.

Latar belakang Abdullah Al-Qasemi

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Abdullah al-Qasemi dilahirkan pada tahun 1907 di bandar Buraydah, wilayah Qassim di Arab Saudi. Bapanya dikatakan berasal dari Mesir dan datang ke Arab Saudi sebagai seorang peniaga.

Abdullah Al-Qasemi mempunyai minat mendalam untuk belajar walaupun bapanya telah meninggal dunia ketika dia masih kecil lagi. Dia mula mendapat pendidikan awal di sekolah Sheikh Ali Mahmoud di Arab Saudi.

Kagum dengan kepandaian dan kesungguhannya belajar, seorang pedagang bernama Abdulaziz Al-Rashed Al-Humaid telah membawanya mengembara ke Iraq, India dan Syria

Selama bertahun-tahun mengembara, Abdullah mempelajari Bahasa Arab, Hadis dan asas Syariah Islam di negara yang disinggahinya. Akhirnya, Abdullah Al-Qasemi memutuskan untuk pergi ke Kaherah, Mesir.

Dibuang Universiti Al-Azhar

Abdullah Al-Qasemi kemudian menyambungkan pengajiannya di Universiti Al-Azhar di Kaherah pada tahun 1927. Abdullah merupakan seorang pelajar yang cemerlang. Ketika inilah dia mula menulis analisis mengenai kajiannya.

Dia dilihat begitu bersemangat dalam dakwahnya sehingga digelar sebagai “Ibnu Taimiyah abad ini” kerana banyak tulisannya bersandarkan pemikiran Ibnu Taimiyah dan Muhammad bin Abdul Wahab.

Karyanya yang berjudul As-Shira’ baini al-Islam wa al-Watsaniyyah (Percanggahan antara Islam dan penyembah berhala) mendapat banyak pujian dari kalangan pada ulama Arab Saudi.

Namun, dia juga menghasilkan beberapa penulisan kontroversi. Abdullah Al-Qasemi merupakan orang pertama di era moden yang menghasilkan penulisan menyanggah ulama-ulama Universiti Al-Azhar yang lain.

Kecenderungannya mempertahankan salafi (ulama yang hidup pada tiga abad pertama Hijrah) membuatkannya berfikiran konservatif dan ekstremis. Disebabkan itu, dia dibuang daripada Universiti Al-Azhar.

Perubahan 360 darjah

Dia kemudian berkahwin dengan seorang gadis Lubnan. Pada waktu inilah, Abdullah Al-Qasemi dilihat berubah sama sekali. Dia mula menghasilkan karya pemikiran bebas atau atheis seperti Yakzibuna likai Yarallah Jamilaan (Mereka berbohong melihat keindahan Allah), Hadzhihi al-Aghlal (Inilah yang membelenggu kita) dan banyak lagi.

Dia juga dikatakan cuba membentuk aliran politik yang berfahaman atheis di Kaherah tetapi ditolak dan dianggap persona non grata (orang yang tidak dialu-alukan) oleh kerajaan Mesir.

Dia kemudian berpindah ke Lubnan di mana dia menyertai Persatuan Sastera dan dilayan seperti seorang VIP. Semasa di Lubnan, Abdullah dikatakan terselamat daripada dua cubaan bṳnṳh yang dilakukan ke atasnya.

Setelah beberapa tahun di Lubnan, Abdullah kembali semula ke Kaherah. Dia tidak dapat pulang semula ke negara asalnya kerana Arab Saudi telah menjatṳhkan hukṳman matḭ ke atasnya kerana buku-buku yang dihasilkannya.

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Pemikiran pelik sejak awal

Mengapakah seseorang yang dianggap sebagai Ibnu Taimiyah era moden ini boleh menjadi sesat sehingga tidak mempercayai kewujudan tuhan? Berikut adalah perkongsian beberapa orang yang pernah mengenali Abdullah.

Menurut bekas gurunya di Universiti Al-Azhar, Abdullah adalah pelajar cemerlang tetapi mempunyai pemikiran pelik. Dia sering bertanya “mengapakah kita perlu solat” dan soalan yang sudah jelas hukumnya. Pelajar di tahapnya tidak sepatutnya bertanya sesuatu seperti itu.

Dalam perdebatan pula, Abdullah Al-Qasemi sering menggunakan pendapat ahli falsafah barat seperti Immanuel Kant dan John Stuart Mill dalam mempersoalkan kewujudan Tuhan. Apabila dibidas dengan ilmiah, dia akan menukar topik untuk mencari sesuatu yang boleh dijadikan hujah.

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Salah satu masalah terawal Abdullah Al-Qasemi adalah mengenai bukunya. Walaupun ada tulisannya yang sangat bagus, dia akan sertakan sekali puisi pada bahagian dalam kulit bukunya.

Puisi yang ditulis adalah mengenai dirinya menggunakan bahasa yang bermegah-megah dan membesar-besarkan diri. Gurunya, Syeikh Sa’di, memuji bukunya tetapi menasihati Abdullah untuk membuang puisi-puisi itu kerana ia merupakan kesombongan yang jelas. Namun, Abdullah tidak menghiraukannya.

Mati dalam keadaan murtad

Akhirnya, Abdullah Al-Qasemi mengakui bahawa dirinya adalah seorang Atheis dan terkeluar daripada Islam. Dia terus berpegang kepada kepercayaan itu sehinggalah menḭnggal dunia pada 9 Januari 1996 di Kaherah akibat kansɛr.

Apa yang berlaku kepada Abdullah Al-Qasemi bukanlah disebabkan dakyah barat atau falsafah pemikiran bebas. Ini kerana, ramai sarjana Muslim yang turut menyelidiki pemikiran ekstrem ini tanpa menjadi murtad.

Kisah ulama terkenal di Mesir Abdullah Al Qasem bertukar menjadi Atheis

Sifat sombong dan bangga membuka ruang kepada Iblis untuk terus menguasai dirinya. Walau sebanyak mana sekalipun ilmu di dada, sifat merendah diri adalah amat penting.

Sesungguhnya iblis tidak akan berhenti dari tugasnya untuk menyesatkan anak cucu Adam sehingga ke hari kiamat. Semoga kita terpelihara dan tidak termakan dengan tipu daya makhluk yang dilaknat Allah ini. Mudah-mudahan pengakhiran kita dalam Islam.

Baca Lagi:
MB Negeri Sembilan sedia lepas jawatan
Tular [VIDEO] Remaja tampar, cubit budak sampai ‘terangkat’
Mercedes S600 dipesan PM yang dulu sempat dibatalkan – Anwar
CATEGORIES