Kisah seram disebalik lagu ‘menanti kekasih’ yang dikeluarkan 3 hari selepas kematian penyanyi Alda Risma

Kisah seram disebalik lagu ‘menanti kekasih’ yang dikeluarkan 3 hari selepas kematian penyanyi Alda Risma

Kisah seram disebalik lagu ‘menanti kekasih’ yang dikeluarkan 3 hari selepas kematian penyanyi Alda Risma. Mungkin kena bagi amaran dahulu kepada yang tak suka dengan benda seram atau ada trauma dengan kejadian-kejadian aneh untuk tidak mendengar lagu ini pada waktu tengah malam. Kalau nak dengar mungkin boleh dengar pada waktu siang bersama rakan-rakan anda. Itulah antara amaran yang diberikan oleh beberapa orang yang dikatakan pernah diganggu selepas mendengar lagu ini. Tapi kenapa lagu ini dikatakan berhantu dan apa kisah disebalik lagu nyanyian Alda Risma ni? Kepada peminat kisah-kisah mistik, jom kita kupas sikit kisah di sebalik lagu Menanti Kekasih ini.

Lagu Disiapkan Oleh Orang Yang Dah Meninggal??

Kisah seram disebalik lagu 'menanti kekasih' yang dikeluarkan 3 hari selepas kematian penyanyi Alda Risma

Itulah misteri yang menyelubungi tentang bagaimana lagu ini dihasilkan. Menurut kisah yang sering diceritakan, lagu Menanti Kekasih ini dihasilkan tiga hari sebelum pihak polis menemui mayat Alda Risma di sebuah hotel. Punca kematiannya disyaki ada kaitan teman lelakinya sendiri. Bukan kes bunuh, tapi disyaki overdose sebab terlalu kecewa. Ada cerita yang mengatakan teman lelakinya itu curang terhadap Alda dan menyebabkan mereka bergaduh di dalam bilik hotel tersebut. Tapi apa yang mengejutkan bukanlah kes kematian penyanyi tersebut. Pihak forensik menyatakan Alda sebenarnya sudah tujuh hari meninggal dunia! Jeng jeng jeng…

Jadi kalau begitu siapakah yang menyiapkan lagu Menanti Kekasih itu? Walaupun lagu ini mempunyai suara gelak tawa Alda, tetapi ada pihak berpendapat ia dirakamkan oleh Alda dalam keadaan sedih dan kecewa di atas kecurangan teman lelakinya itu. Sememangnya lagu ini siap secara tiba-tiba dan ia diakui oleh pengurus Alda yang tidak tahu dari mana datangnya lagu ini. Mungkin kisah disebalik lagu ini yang menyeramkan, ia pernah diharamkan untuk ke udara di corong-corong radio satu ketika dahulu.

Lirik Lagu Seperti Kisah ‘Kuntilanak’

Kalau siapa yang dah dengar lagu ni, anda akan perasan suara ketawa Alda ada di bahagian tengah dan juga di hujung lagu. Kalau dengar betul-betul, suara ketawa Alda di bahagian hujung tu boleh tahan seram dan seakan-akan suara kuntilanak mengilai. Bait-bait lirik lagu Menanti Kekasih ini pula ada yang mengatakan ia seperti kisah kuntilanak. Jom tengok jap bait lirik yang dikatakan seram tu:

Malam sunyi ku sendiri
Duduk sepi diatas pohon
Ku biarkan rambut ku terurai
Tanpa kaki kelelawar

Agak-agak siapa yang duduk sepi atas pohon tu? Itulah antara cerita-cerita yang menguatkan lagi kisah yang mengatakan lagu ini sememangnya berhantu. Bagaimanapun, tiada siapa yang tahu kisah sebenar disebalik penghasilan lagu Menanti Kekasih ini dan ia kekal misteri sampai sekarang.

Baca Lagi:
5 taktik scam yang sering belaku di bazar Ramadhan, sila berhati-hati
Cara mudah nak hilangkan ‘watermark’ pada cermin kereta, guna 3 bahan ni je
Zahid dedah bekas pemimpin UMNO kalah pemilihan larikan harta parti
CATEGORIES