Kisah seorang lelaki meraih perhatian netizen, lepas solat Subuh dapat RM200 dari jemaah lain

Photo of author

By Joe

Kisah seorang lelaki meraih perhatian netizen, lepas solat Subuh dapat RM200 dari jemaah lain. Rezeki boleh datang dalam pelbagai cara dan bentuk, pada bila-bila masa.

Malah, pertemuan tanpa diduga dengan seseorang juga boleh berlaku di mana-mana, meskipun hanya di tangga.

Begitulah kisah seorang lelaki mengenai satu pertemuan yang tidak disangka-sangka selepas menunaikan solat subuh berjemaah di masjid.

Kisah seorang lelaki meraih perhatian netizen, lepas solat Subuh dapat RM200 dari jemaah lain

“Satu hari selepas subuh, saya duduk di tangga masjid. Masa ni kereta Waja rosak. Bil-bil belum selesai. Sewa rumah dua bulan tertunggak.
“Jadi, masa ni rumah depan masjid. Sebelum subuh saya akan jalan kaki ke masjid. Habis subuh tak balik. Duduk di tangga saja.
“Kadang sampai terlena memikirkan nak teruskan hidup. Nak berjuang, nak beri nafkah pada anak isteri,” tulisnya menerusi satu hantaran di Facebook Abu Hurairah Roslan.

Bagaimanapun, Abu Hurairah berkata, dia kemudian ditegur oleh seorang jemaah lelaki yang memberikan salam ketika masih duduk di tangga masjid.

Tanpa disedari, rupa-rupanya jemaah berkenaan sudah memerhatikan gerak-gerinya setiap kali datang ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah.

“Waalaikumussalam pakcik, sambil saya hulur tangan, salam dan cium tangannya. Dia duduk tepi saya. Banyak hari dah pakcik nampak kamu kat sini. Suka duduk kat tangga ke?
“Saya senyum je. Bertenang-tenang jap pakcik,” ujarnya, mengimbas kembali perbualan dengan jemaah berkenaan.

Melihat reaksi Abu Hurairah, pakcik itu cuba menenangkannya dan bersungguh-sungguh menyampaikan pesanan kepadanya.

“Tiba-tiba dia gosok belakang badan saya dan kata, Yang ciptakan kita ni Allah. Maka, kita ni berada dalam janji Allah. Dalam takdir Allah. InsyaAllah, jangan risau sangat dengan hidup ini. Paling penting bersyukur dapat solat. Dapat datang masjid, nikmat ni.
“Nikmat yang Tuhan bagi, banyak. Dapat bernafas, dapat hidup. Anak isteri masih ada. Ibu ayah masih ada. Banyak lagi. Syukur yang itu, insyaAllah tenang jiwa,” tambah jemaah itu lagi.

Pesanan itu ternyata mengundang sebak dan dia cuba untuk menahan air mata daripada mengalir jatuh ke pipi.

“Rasa macam ditegur Tuhan sebab dalam hati dari tadi dok rasa inilah. Rasa takut nak hadap dunia. Rasa lemah nak usaha apa lagi untuk rumah tangga.
“Rasa nak buat apa pun tak semangat bila tengok baki akaun bank sebanyak RM15.80,” katanya yang kemudian bangkit dari tangga, meskipun jemaah itu menawarkan diri untuk menemaninya duduk di situ.

Pakcik itu kemudian ditegur oleh seorang jemaah lain dan mereka berbual, sambil Abu Hurairah beredar.

Namun sebelum meninggalkan masjid, kata Abu Hurairah, pakcik berkenaan memanggilnya semula.

“Sampai tangga pakcik tu panggil. Dia salam dan saya rasa di tangan macam ada sesuatu. Eh apa ni pakcik? Tanya saya sebab saya buka (genggaman tangan) ada duit RM200.
“Tu kawan pakcik (jemaah) bayar duit hutang dia. Untuk kamulah, ambillah,” katanya lagi.

Tanpa bercerita lebih lanjut mengenai situasi selepas itu, dia bagaimanapun menyuarakan tentang nikmat yang Tuhan berikan kepada setiap hambaNya.

“Hingga hari ini kekuatan dan motivasi untuk teruskan hidup adalah menyedari nikmat Tuhan kepada diri. Lalu, akan banyak bertenang dan lebih banyak teringat dosa-dosa yang menghalang diri untuk menjadi baik.
“Pagi adalah didikan Allah, untuk menjadikan diri lebih bersyukur,” tulis Abu Hurairah di Facebook sehingga menarik pelbagai reaksi dan pujian netizen.
Baca Lagi:
Adik bekas perdana menteri, Nazim Razak nikah dengan ahli politik negara seberang di Bali
Ahli Parlimen PAS cadang poligami untuk selesaikan masalah wanita yang belum kahwin
Lebih 200 kanak-kanak maut disyaki berpunca daripada ubat batuk