Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki

Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki

Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki. Sejak kebelakangan ini hangat diperkatakan kisah kemelut rumah tangga melibatkan selebriti berlaku curang sehingga tergamak mencederakan isteri.

Baru-baru ini, perkongsian pelawak Azlee Senario menjadi perhatian apabila memuat naik video menyeru kaum lelaki supaya lebih menghargai isteri masing-masing.

Menerusi perkongsian di TikTok itu, Azlee berkata isterilah yang menyediakan makanan untuk keluarga serta menjaga anak-anak.

Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki

Dalam video tersebut, Azlee turut memuat naik gambar bersama isterinya, Aslinda Ayob serta turut mendoakan agar isteri tercinta dirahmati Allah.

“Kita kena menjaga hati seorang isteri yang selalu menyediakan makanan untuk kita, basuh baju kita, menjaga anak-anak kita. Ya Allah kau rahmatilah isteriku Aslinda Ayob. Gembirakan hatinya dan jadikanlah dia isteri yang solehah, aamiin,” tulisnya.

Perkongsian Azlee itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju dengan pendapatnya itu.

Tidak kurang juga, ada yang meluahkan rasa rindu melihat pelawak itu beraksi di kaca televisyen serta mengucapkan terima kasih kerana pernah menghiburkan mereka.

Kisah rumah tangga libatkan selebriti berlaku curang, Azlee Senario beri nasihat khas buat kaum lelaki

Baca Lagi:
Pihak berkuasa kesan kes selsema burung pada manusia, orang ramai dilarang masuk pasar
Suami gaji RM30k sebulan 5 tahun kahwin tak pernah bagi nafkah, aku terpaksa catu susu anak sehari 2 kali
Koperal direman 3 hari reka cerita disamun sebab nak dapat simpati dari isteri
CATEGORIES