Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak

Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak

Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak. Menerima kejutan meraikan hari jadi pasti akan membuat seseorang diselubungi perasaan gembira dan terharu pada masa yang sama. Anda pasti akan menghargai kejutan hari istimewa ini lebih-lebih lagi apabila ia dilakukan dengan usaha oleh orang tersayang seperti ahli keluarga dan teman-teman rapat.

Sudah pasti berasa seronok dan gembira meraikan hari jadi bersama orang tersayang. Akan tetapi, ada juga orang lain yang berasa tidak kisah untuk menyambut hari jadi, malahan ada yang tidak pernah menyambutnya buat seumur hidup. Ada pula yang teringin menyambutnya dengan orang tersayang, tetapi tiada siapa di kalangan mereka yang mengingati tarikh hari jadi tersebut.

Maka akan timbul kisah membeli kek untuk menyambut hari jadi sendiri, dan ini telah diceritakan oleh seorang pekerja kedai kek di halaman Twitternya.

Ada seorang pelanggan yang sudah sebaya ibu-ibu kita telah datang ke kedai kek, tempat kerja saya. Dia datang melihat dan memilih kek di hadapan ‘chiller’. Makcik ini bertanya kepada saya kek apa yang sedap. Dan saya menjawab semua kek sedap, bergantung kepada selera masing-masing.

Kisah makcik beli kek hari jadi, bila ditanya nak tulis apa, jawapan dia buat pekerja sebak

Melihat wajahnya yang masih belum dapat membuat keputusan, saya mengesyorkan kek span vanila beri biru.

Dia bersetuju dengan pemilihan kek yang dicadangkan. Apabila ditanya nama siapa yang perlu ditulis di atas kek, makcik itu macam mahu ketawa. Saya hulurkan kertas dan pen. Dia menulis ‘Happy Birthday’ dan memulangkan kertas dan pen itu.

Saya bertanya, “Nama dengan umur tidak payah ya makcik?” Saya melihat dia tersenyum sahaja. Dalam senyap sambil menggeleng kepala, saya pun menulis perkataan itu di atas kek dengan ‘buttercream’ warna putih.

Ketika sedang menulis, makcik itu berkata, “Kek ini untuk hari jadi makcik. Jadi, biasa-biasa sahaja sudahlah ya!”. Dia tersenyum dan tersipu malu.
Saya menoleh dan memandang wajahnya. Saya berkata, “La.. hari jadi makcik ke?” Saya menyambung menulis perkataan itu. Tiba-tiba saya berasa sebak. Bayangkan apabila ibu kita membeli kek untuk hari jadi sendiri. Dan anak-anaknya pula boleh sahaja datang membeli kek untuk teman lelaki atau teman wanita.

Saya kuatkan diri menahan sebak. Rasa macam air mata mahu terkeluar. Bukan ada apa-apa pun. Tetapi mengenangkan saya bekerja di tempat lain jauh dari kampung halaman, tiba-tiba terasa rindu kepada ibu bapa. Saya melihat terdapat kek kecil khas yang cantik di ruang pameran. Saya bungkuskan sekali sebagai hadiah hari jadi kepada makcik ini.

Makcik ini berasa pelik. Kenapa ada terlebih kek pula. Saya hulurkan sahaja. Bayar sahaja macam biasa. Kata saya, “Kek dalam kotak ini saya beri sebab hari ini hari jadi makcik, Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur, murah rezeki dan sihat selalu!”

Air mata makcik ini terus mengalir, sambil mengaminkan doa saya. Selepas itu, semasa mahu beredar di hadapan pintu masuk, makcik ini memberi ucapan kepada saya, “Terima kasih ya adik! Semoga murah rezeki kamu…”

Saya berasa sungguh lega, kerana dapat membuat seorang makcik berasa gembira. Jadi, saya menceritakan kisah ini bukan bertujuan untuk menunjuk baik atau menjadi riak. Cuma untuk mengingatkan kita semua supaya berfikiran baik kepada mana yang perlu.

Kita mungkin berasa sedih membaca kisah makcik ini. Barangkali dia hidup sendirian atau mempunyai keluarga, tetapi anak-anaknya mungkin terlalu sibuk bekerja sehingga terlupa tarikh hari jadi ibu sendiri. Dan tindakan pemuda ini wajar dijadikan teladan, bahawa dengan sentiasa berbuat baik kepada orang lain itu akan memberi kelegaan dan kebahagiaan di dalam diri.

Baca Lagi
Motor hilang punca rezeki melayang, Nurul Izzah belanja sebuah motorsikal baru
Mak tak setuju aku kahwin dengan Ayu walau berpuluh kali terlanjur, tiba-tiba mak aturkan aku kahwin dengan kakak ayu
Top 10 Menteri pilihan rakyat, Anwar Ibrahim di tangga kedua
CATEGORIES