Kisah ibu yang zalim, anak yang terluka

Kisah ibu yang zalim, anak yang terluka

Kisah ibu yang zalim, anak yang terluka. Salam semua. Waktu aku menulis ni, jam sudah pukul 2 pagi & aku masih tak mampu lelapkan mata. Otak berselirat memikirkan permasalahan aku ni.

Jadi, aku cuba untuk lontarkan di medium ini. Mana tahu based on komen-komen korang, mampu tolong aku dapatkan jawapan atau jalan penyelesaian.

Aku perkenalkan diri aku dengan nama samaran Baiduri. Berusia 30an dgn 3 orang cahayamata. Aku merupakan seorang surirumah yang kadang suka dan kadang benci dengan jawatan ku sandang itu.

Ape yang membelenggu dan menganggu waktu lena aku ni berkenaan hubungan aku dan anak sulung ku. Aku tak tahu la ape masalah yang sebenar- benar aku. Tapi aku tahu aku yang bermasalah bukan anak sulungku.

Kisah ibu yang zalim, anak yang terluka

Aku rasa sejak dari lahirnya si adik (anak ke-2), aku memang bersikap dingin dengan yang sulung. Ada saja yang tak kena perbuatan dia di mata aku. Dia lah tempat aku menghamburkan segala amarah.

Kadang silap nya sedikit saja tapi amarah aku ibarat dia melakukan jenayah besar. Aku menjerit marah ibarat manusia yang tiada akal.

Aku akui anak sulung aku ni orangnya agak soft, manja (lebih kepda ayahnya) dan agak slow untuk memahami apa-apa yang diberitahu.

Bahkan dalam pembelajaran pun dia agak terkebelakang. Kadang, mengenangkan sifat-sifat dia yang ni lah juga membuatkan aku mudah marah kan dia.

Tapi dengan adik-adiknya, mampu pula aku bertoleransi. Untuk aku peluk anak sulungku atau bergurau senda pun ada satu perasaan janggal bagi aku. Kecam la aku, tapi itulah hakikatnya.

Ooh sebelum terlupa, aku juga merupakan anak sulung tapi aku dibesarkan oleh emak saudara atas sebab-sebab tertentu.

Ibu bapa aku masih ada, tapi emak saudara aku yang ambil tanggungjawab membesarkan aku dan mendidik aku.

Hujung minggu atau cuti sekolah, aku ada je balik rumah parent aku dulu-dulu tu. Dan aku kadang macam rasa yang anak aku pun rasa terpinggir sepertimana aku rasa terpinggir dari parent aku sendiri.

Berbalik pasal aku dan si sulungku. Dua tiga hari ni aku memang sengaja buat acuh tak acuh bercakap dengan dia dan jika ada sedikit sahaja kesalahan yang dibuat, terus aku menjerit-jerit memarahi dia.

Contohnya, bila aku suruh mandi, tapi masuk kali ketiga aku suruh dan dia masih duk melayan TV, terus aku jerit & marah2.

Aku seolah2 mengharapkan dia menjadi perfect tanpa cacat cela. Walhal tugas aku mendidik & memberi contoh baik untuk dia.

Seringkali dia cuba nak tarik perhatian aku, nak bercerita itu ini atau bertanya itu ini. Tapi aku cepat rasa annoyed. Saat dia cuba baring sebelah aku, ak rasa janggal, kekok sangat.

Walhal jika adik-adik dia yang buat gitu, aku mampu je layan. Allah terasa zalim nye aku. Ibarat menghukum sulungku tanpa sebab. Sebab yang aku sendiri tak tahu kenapa. Sebab yang tak dapat dirungkai.

Apa yang aku mampu imbas balik, sejak dari dalam pantang aku struggle teruk, dengan pelbagai masalah, dengan masalah penyusuan badan lagi, dengan masalah dia sawan tangis lagi, masalah-masalah yang membuatkan aku rasa sebagai ibu yang gagal.

Kebetulan waktu aku mengandung anak kedua, dia dalam fasa tatrum pula. Lagi la aku tak mampu handle dan sejak itu memang banyak bapaknya yang uruskan dia.

Jadi, dia memang akrab dengan bapak dia. Kadang sampai aku cukup cemburu.

Bila dia makin besar ni dan ada masa dia cuba untuk tarik perhatian ayahnya dan berkelakuan seperti adik-adiknya, aku pulak yang rasa dia mengada-ngada. Allahu, mak jenis ape aku ni.

Aku akui aku sayang anak aku, waktu sakitnya, aku tetap risau. Ape keinginannya, aku ada tunaikan.

Aku ambil tahu apa makanan kegemaran dia, aku ambil tahu prestasi dia di kelas dan kepala aku sentiasa ligat memikirkan aturan untuk akademik dia.

Tapi, aku tak mampu untuk mengzahirkan rasa sayang aku untuk dia. Seolah-olah ada sekatan.

Kadang bila hantar dia ke sekolah dan aku tengok mak-mak lain peluk cium anak- anak, aku cuba untuk kucup dahi dia. Tapi rasa yang ada tu aneh. Seolah-olah macam terpaksa.

Normal ke tak ye perasaan ini? Adakah disebabkan kami sama-sama anak sulung? Atau memang aku ada unsettle issue dengan dia? Atau memang aku yang ada childhood issue???

Mohon pandangan dari korang ape yang patutaku buat.

Sungguh, aku ingin perbetulkan semua ini. Aku sayang semua anak-anak aku tanpa tara, tiada beza.

Mak yang sentiasa khilaf,

– Baiduri (Bukan nama sebenar)

Baca Lagi:
Jangan tutup lampu tandas kalau tidur di hotel, ini sebabnya
Lelaki jumpa ‘Tiger Cat Fish’ di sungai Malaysia
7 sebab lelaki Melayu suka gadis Cina, Korea atau Jepun berbanding wanita Melayu
CATEGORIES