Kisah duit hantaran mak mertua guna bayar Ahlong, terpaksa nikah ‘cowboy’

Kisah duit hantaran mak mertua guna bayar Ahlong, terpaksa nikah ‘cowboy’

Kisah duit hantaran mak mertua guna bayar Ahlong, terpaksa nikah ‘cowboy’. Nama aku Mawar, bukan nama sebenar. Aku baru saja mendirikan rumah tangga. Aku gelar suami aku Awang.

Aku kenal dengan Awang pada tahun 2021 bulan 11 di tempat kerje. Awang baru masuk mase tu junior katakan. Kami berkawan rapat pada mulanya pada awal tahun 2022 Awang bawak aku jumpa family dia.

Selepas dari itu Awang selalu bagitahu aku mak dia selalu tanya pasal aku. Kalau aku sakit mak dia orang yang paling risau. Aku rasa dihargai sangat mase tu. Sebab aku anak rantau. Disini aku tiada sesiapa.

Tapi lama kelamaan.. Family die suruh aku dan Awang betunang pada bulan 3 tahun ini. Pada mulanya aku setuju kerana hormatkan keputusan family dia. Tapi aku pernah bertunang dan pernah putus tunang jadi aku tahu dugaan tunang tu macam mana.

Kisah duit hantaran mak mertua guna bayar Ahlong, terpaksa nikah 'cowboy'

Aku berbincang balik dengan Awang. Aku cakap aku tidak setuju nak bertunang dengan dia. Awang bagitahu family dia. Pada mulanya family dia setuju untuk tidak teruskan pertunangan kami. Rupa-rupanya family die ade plan lain.

Family dia cakap nak jumpa family aku dikampung. Katanya nak kenal siapa bakal biras dia. Aku pun bawak family Awang balik kampung ku untuk berkenal dengan family ku. Tiba-tiba family Awang bukan nak kenal dengan family aku rupanya dia nak kami bertunang masa tu.

Mak Awang keluarkan dua bentuk cincin dan mengatakan hasratnya aku dan Awang terkejut masatu. Aku langsung tak buat persiapan apa pun. Baju kurung pun aku tak bawak. Aku serba salah nak tolak orang datang dari jauh.

Jadi aku terima sahaja aku pinjam baju kurung mak aku. Tunang cowboy katakan. Family Awang dan family aku berbincang pasal nikah pada hari yang sama kami bertunang.

Abah aku letak hantaran 15k standard lah kan tapi ayah Awang mintak kurang. Tawar menawar abah pun bagi 8k dan semua setuju dengan jumlah tersebut.

Setahu aku Awang cakap dia ada simpan duit hantaran pada mak dia. Aku tanya Awang berapa da simpan masetu Awang bagitahu anggaran dalam 5.6k.

Ayah Awang suruh kami percepatkan pernikahan ini. Tapi tak boleh sebab zaman cobid bukan macam zaman dulu. Banyak peraturan baru.

Jadi aku dan Awang putuskan kami nikah bulan 5 lepas raya. Bulan 3 hingga bulan 5 sangat dekat jaraknya.

Bile da dapat tarikh aku nak booking apa yang patut macam katering. Pelamin semua tu. Aku nak bayar deposit. Aku mintak duit hantaran sikit dekat Awang sebab nak bayar apa yang patutkan. Awang mintak dekat mak dia. Mak dia berdolak dalih macam alasan mak dia bagi.

Sampai lah berminggu aku hold kan deposit tu. Aku desak Awang untuk mintak duit tu dekat mak dia. Baru mak dia mengaku bahawa ayah dia pakai duit tu untuk bayar hutang ahlong.

Ayah Awang berumur lingkungan 50han macam tu. Lepas kejadian itu baru lah Awang cerita pada ku bahawa ayah dia suka pinjam duit dekat ahlong dari zaman muda lagi. Mak ayah Awang tak kerja. Tapi mak dia jadi ajk masjid dekat kampung tu. Nampak family dia alim sangat kuat agama.

Ayah dia janji nak pulangkan balik duit yang dia pinjam tu. Tapi sayang takda sampai lagi 3 minggu tarikh nikah kami.

Sebelumnya aku berahsia dengan family aku sebab ayah Awang cakap nak gantikan. Tapi bile da tinggal 3 minggu je lagi. Aku mula jujur dengan family aku. Yang duit tu ayah dia pakai.

Abah aku mengamok dan terus bincang dengan family Awang macam mana nak buat ni. Ikutkan hati abah aku dia nak cancel je nikah ni. Tapi ayah Awang berjanji dengan abah aku untuk pulangkan balik duit hantaran tu.

Lepas seminggu dari kejadian tu. Abah call aku bagai ada kecemasan sangat. Masa tu aku tengah kerja lepas balik kerja aku call balik abah. Siapa sangka family Awang burukkan aku dan Awang dekat family aku.

Terngiang2 di kepala. Masih segar diingat family dia cakap aku dan Awang duduk satu bilik dan aku da tak bekerja sudah 3, 4 bulan. Family Awang banyak tanggung aku katanya.

Sedangkan aku tiap2 bulan bagi duit dekat family Awang untuk ambil hati mertuaku. Aku tak sangka sanggup mak ayah buruk kan anak dia sendiri. Bukak aib anak Allahu.

Akhirnya kami nikah cowboy. Cuma akad nikah sahaja tanpa ada ape-apa pun majlis. Aku rasa dikhianati sangat.

Lepas nikah aku duduk rumah family aku seminggu bulan madu kononya. Lepas aku balik je bandar aku tengok motor aku yang aku letak dirumah Awang hilang. Aku balik kampung naik bus.

Jadi untuk keselamatan motor aku. Aku tumpang rumah awak tahu2 hilang. Sampai bawak ke balai lah pasal motor aku. Aku buat laporan tentang kehilangan motor aku.

Ehh ayah dia pun nak buat laporan pasal anak darah daging dia ni hutang dengan si ayah nya sebanyak 10k. Pengorbanan seorang ayah kan. Mase ni tumpang rumah kawan aku untuk adanya tempat berteduh sementara.

Lepas kejadian itu. Aku dan Awang tak pernah balik rumah family dia walaupun satu negeri. Tak sangka ada mak ayah yang macam tu.

Yang lagi menyedihkan dia bagitahu semua orang yang Awang tak pernah bagi langsung duit dekat dia orang luluh hati seorang anak.. Padahal Awang lah yang jaga mak ayah dia. Sebab kakak dan abang dia da nikah. Tinggal Awang dan adik.

Baca Lagi:
Undi Percaya: Anwar peroleh sokongan majoriti ahli parlimen melalui undian suara
Siapa sebenarnya dia? Sering dijadikan bahan jenaka
Kereta Proton Saga muncul dalam siri Mr.Bean akhirnya terjawab
CATEGORIES